12 November 2012

Hari Bahagia Broframestone ~ 11/11/12

jom layan ~

walaupun masih menggigil akibat rumah dimasuk orang, Oshin kuatkan jugak semangat untuk hadir ke Majlis Perkahwinan Broframestone kat Parit Raja semalam. Lagipun da berjanji nak datang kan. Jadi haruslah ditepati. Ramai jugak blogger yang hadir cuma Oshin hanya kenal beberapa orang je. Maaf ye kalau tak tegur :)

Oshin pergi dengan si comel Amalina Zainal atau gelaran dia Bim. ngeh3. Oshin amik Bim kat umah dan mulakan perjalanan ke Parit Raja.

gaya macam Bim yang drive kete kan
kamilah blogger paling awal yang sampai haha dan Bro jadikan kami PA sementara tak bergaji haha tapi mostly Bim la yang jaga. hihi. sementara tunggu Bro berdandan kami tolong lah balas segala Whatsapp, WeChat, Mesej dan Twitter.

Broframestone aka Pengantin Baru sedang berdebar menanti waktu bersanding
kiranya kami ni jadi sebahagian rombongan pengantin lelaki la. adat di Johor biasalah ada tol sebelum pengantin lelaki nak naik pelamin kan. masa ni Bro memang sempoi abis. selalu Oshin tengok bila kat tol pengantin lelaki mesti kontrol macho tapi Bro siap gurau-gurau lagi dengan makcik-makcik kat situ. haha. siap nak ikut jalan tepi sebab nak elak bayar tol. bhahahaha. tabik Bro !

memandangkan Bro dah naik pelamin lepas tu, Oshin ngan Bim terus pergi makan sebab dah kelaparan sangat. haha. padahal boleh je ikut rombongan sekali makan kat meja yang dikhaskan tapi dah lapar punya pasal redah je. jangan marah Bro. hihihi.

so tengah makan mata melilau la jugak perhati sesiapa yang kami kenal kan. yang terawal kenal mestilah Sis Mia Liana dan lepas tu Qhaliff si pipi gebu tu hik3. kalau ada Qhaliff adalah daddy dia, Bro Ben Ashaari dan mummy dia. bersama Bro Ben ada pulak si kecil molek Lyssa Faizureen. dan tak lupa Mama Maszull yang kami cam muka tapi tak berapa nak ingat blog mana (padahal duduk makan semeja tu). maaf Mama uhuksss. yang lain maaf kalau Oshin tak kenal.  huhu.

kami bersama sis Mia Liana :)
*Peace* bersama Lyssa, Amalina, Bro Ben dan sis Mia Liana
belakang Lyssa tu Mama Maszull (sorry terlindung sket)
Qhaliff in da house !!!
oh sebelum terlupa, masa nak ke rumah pengantin perempuan. untunglah kami sebab amik berkat Bro, Raja Sehari sebab naik kete Oshin menuju tempat dituju. hahaha. sibuk la atur orang naik kete sana naik kete sini tapi Pengantin ngan Pengapit tertinggal belakang. hihi. nasib la Oshin berdua je ngan Bim jadi dapatlah tumpangkan mereka.

sesi bergambar sebelum menuju ke rumah pengantin perempuan
pertama kali Oshin jumpa ramai blogger. hihi. serius teruja sebab tak pernah berkesempatan kan. buat yang baru kenal Oshin nak ucap Selamat Berkenalan. lepas ni kalau terjumpa hope boleh la borak panjang. hehe. cuma Oshin cam segan la pulak. tapi insyaAllah boleh la borak cam biasa nanti.

namun masa majlis Oshin dapat call dari ayah mengatakan nenek saudara Oshin kat Kulai meninggal. jadi Oshin tak dapat nak lama kat majlis Bro. so ramai la yang Oshin tak dapat nak kenal. insyaAllah untuk majlis Bro kat Perak nanti Oshin dan Amalina akan muncul di sana. cewahhh.

untuk Broframestone & Iera
SELAMAT PENGANTIN BARU !
Semoga Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat dan Ke Jannah
 

9 ulasan:

Melastik Bintang berkata...

untung ar korang.....hahaa

Oshin berkata...

hahaha MB datang kat perak nanti kan

ct kektus berkata...

bestnya dapat pergi. :)

Thempty Yanty berkata...

Wah...jadi driver utk pengantin ke? Hebat la!!!

Bro Framestone berkata...

terima kasih sebab sudi tumpangkan bro....

perak turun awal. tidur sini ek

Oshin berkata...

@ct kektus : hihi kebetulan dekat dapatlah pergi...

@yanty : kesian pengantin tertinggal belakang...untung la kami amik berkat haha

@bro : no prob...lagi berbesar hati bro sudi nak tumpang hihi insyaAllah takde aral oshin sampai sana...

.*.WiE.*. berkata...

Selamat berkenalan juga.. Wie pun ada kat situ cuma lum kenal dengan Oshin.. Sempat juga tegur Amalina.. anyway seronok dapat jumpa ramai blogger di majlis Bro Framestone ni.

bb_nona berkata...

hyeepp! hehe,,nk tnye,,kak amalina dluw,,,mrsm BP ke? emm,,,atau pontian?? boleh x t reply kt blog nonaaa..sebab,,,nona nye line kdg2 x ok,,lmbt nk bukak link laen,,,TQ~
ape nme blog kak amal ek?

Mia Liana berkata...

sweetnya entri ni... salam perkenalan ya oshin... :)