Pages

27 November 2012

Kenduri Sana Kenduri Sini

cuti sekolah da mula kan...
ceh padahal dah berapa minggu mula. haha. Oshin memang camni kan. suka simpan lama-lama idea sampai dah nak abis time. orang lain dah buat entry awal-awal, Oshin pulak baru terhegeh nak update. haha. takpelah. janji ada bahan nak menconteng kat sini. tak gittewww kengkawan. ewww ~~~

by the way, bila time cuti sekolah Oshin pasti semua sibuk susun kad kenduri kawen kan. kalau yang pengantin dok sibuk pening kepala pos kad kawen la, singgah umah sedara mara, jiran tetangga, kenalan rapat tak rapat, kenalan dekat jauh. kira pening lah dari A to Z pasal kad kawen. ye lah dalam sibuk-sibuk tu pasti ada yang terlepas pandang. lepas tu ada lah momen sentap menyentap pasal tak dapat jemputan. kui3.

ala uols ~ sekarang ni zaman dah maju. kalau tak dapat kad, tentu-tentu lah dapat invitation dari FB kan. sekarang semua peringkat umur ada pesbuk. betul tak ? jenis Oshin bila dapat jemputan sama ada melalui kad, pesbuk, mulut ke mulut atau mesej insya Allah Oshin akan hadirkan diri. tapi almaklumlah kan keje Oshin tu mana cuti sabtu ahad. jadi awal-awal mintak maaf kalau tak dapat datang.

bermula bulan Oktober lalu sampai lah Disember dan ada jugak untuk tahun 2013 banyak dah jemputan Oshin dapat. buat yang dah lepas, Oshin mintak maaf kalau tak dapat hadir ye. kadang-kadang tu dalam hati nak datang tapi ada saje yang jadi penghalang. tapi jangan pulak korang balas balik time Oshin kawen nanti korang tak datang (kompem ke kawen?) hahaha. hampir setiap minggu ada jemputan. ye la kawan setiap negeri ada kan.

mana yang dekat tu insya Allah Oshin cuba hadirkan diri walau sekejap melainkan ada hal. buat yang jauh Oshin hanya mampu kirimkan doa agar kalian sentiasa bahagia dan bersama hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. doakan jugak untuk Oshin agar bertemu seseorang yang mampu terima diri ni seadanya dan mampu menjadi pembimbing dan teman hingga ke akhir hayat. (wahh, ayat bukan main lagi jemah).

ape-ape pon Selamat Pengantin Baru buat semua ! #eh
 

4 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum oshin...betul tu cuti sekolah ni mmg ramai yg kawin...:)

SheeLittleSunshine berkata...

auwwwww..
saya pun nak kawen laaa jugaaa hehe..
hi kakak kesayangan :)

Dkna Abza berkata...

dah jadi kebiasaan musim cuti sekolah musim kawen.. tak menang tangan nak p kenduri :)

BeloG MTT berkata...

Kembong perot lah kenduri sana sini. Musim cuti sekolah kan. :)