Pages

25 November 2012

Oshin Manager

pehh ~
tajuk entry tak nak pulak macam berlagak kan. korang jangan nak percaya sangat lah yang Oshin ni manager haha walau sebenarnya ada lah jugak sikit-sikit. ngeh3. tapi orang kata biar rendah diri jangan rendah akhlak dan maruah kan.

rasanya Oshin tak pernah cerita kat uols kan pasal keje Oshin. actually tak nak la terlalu exposed. biarlah rahsia bak kata Dato Ct. cewahhh. *bajet retis la pulak* kerja Oshin ni sama je macam orang lain. katanya mencari rezeki yang halal kan. itu sebaiknya sebab dari rezeki tu lah kita nak guna untuk kegunaan seharian dan masa depan.

serba sikit la pasal keje Oshin eh. cuma tak la terlalu detail. cuma yang Oshin boleh kata keje ni lebih kepada berkhidmat kepada komuniti. actually keje Oshin sebenarnya melibatkan penggunaan komputer la. ada juga berkhidmat dalam mendidik komuniti tentang asas komputer dan Internet. kiranya membantu komuniti untuk lebih maju dalam teknologi semasa. cewahh. ayat tak leh blah kan.

so tempat Oshin keje ni dibuka setiap hari dan hanya terdiri dari 2 petugas sahaja. hari kami bercuti pon tak sama macam orang lain. Oshin cuti hari Isnin dan Selasa manakala partner Rabu dan Khamis. so hujung minggu adalah hari bekerja kami. sadis tak baca ? sebab tu Oshin jadi susah hati bila kawan-kawan dok invite kat facebook atau pos kad bagi hadir ke majlis perkahwinan mereka.

dah lah cuti tahunan hanya 10 hari. YE 10 HARI uols ~ waaaa. rasa lebih sadis ni. haha. bayangkan macam mana Oshin nak atur cuti hanya untuk majlis kawan-kawan. itu baru majlis kawan-kawan belum lagi termasuk cuti persendirian atau emergency leave. gugur bulu ketiak tau nak fikir atur cuti ni. haha. jadi janganlah kawan-kawan bahan Oshin bila kata kena kerja hujung minggu. sentap hati Oshin tau *Pang*

tapi kalau difikirkan dah masuk 4 tahun Oshin keje ni jadi alah bisa tegal biasa la konon. tapi tetap juga kekadang tu macam tak leh nak fikir rasional. haha. so kalau kawan-kawan ada kerja kosong yang boleh kasi kat Oshin boleh lah inform ye. Oshin nak kan pembaharuan dan mencari pengalaman di tempat baru. i need to learn something new and gain new experience. *hamek ko ! speaking omputiih uols* hahaha.

P/S : tolong LIKE page untuk bisnes Oshin ye. baru nak bermula ni --> Classic Aura . Please do support me guys !

2 ulasan:

Nadia Johari berkata...

syrkt sndri ke

oshin berkata...

@sakura : keje tu makan gaji je...tapi kalau Classic Aura tu sendiri punya hihi