Pages

9 Oktober 2012

Tan Sri Musa Hassan Yang Sangat Humble

Oshin pasti ramai yang kenal dengan empunya diri kat gambar atas ni kan. Yes sama macam tajuk entry Oshin tu. ini lah Tan Sri Musa Hassan bekas Ketua Polis Negara. kenapa Oshin pilih beliau sebagai permulaan entry hari ni . hehehe. mestilah ada cerita yang Oshin nak kongsi ngan u ols ~

alkisahnya semalam Oshin dan parent ke Merlimau nak anta adik balik Poli dia. so bila da lalu highway tu haruslah singgah berhenti ke RnR untuk mengisi perut yang kelaparan. so semalam singgah ke RnR Pagoh. masa nak ke toilet mengosongkan perut terserempak dengan seseorang. terus mak Oshin cakap, eh itu kan Tan Sri Musa Hassan.

ada la sorang brader ni tegur Tan Sri. gaya macam kenal lama je kan. hewhew. Tan Sri pon layan brader ni cam kenal lama. oh sangat kagum saya. lepas tu kebetulan Oshin nak beli makanan kat gerai sama yang Tan Sri nak beli. walau pun beliau pernah menjadi seorang yang berkepentingan untuk negara, beliau tak gunakan kepopularan tu untuk kepentingan diri. beliau boleh beratur bersama dengan yang lain untuk membeli makanan.

mungkin sesetengah akan berpendapat yang beliau bukan orang penting sekarang. tapi pada Oshin beliau tetap penting sebab pernah menjadi ketua keselamatan negara satu masa dulu. sikap beliau yang mudah mesra buat orang sekeliling rasa selesa. kebetulan sorang cina beratur depan Tan Sri. bila dia toleh belakang terus cam Tan Sri dan tegur beliau bagai kenalan lama. tengok mereka borak dan cara Chinese tu layan memang seronok la. nampak sangat yang Chinese tu menghormati Tan Sri.

ingatlah ye u ols ~ glamer mana pun kita jangan menyombong tak tentu pasal. bila kita mesraaaa semua orang pun mesraaaa ngan kita. check itu out ! luv ya *peace*
 

5 ulasan:

Mila Ahmad berkata...

orang skank bila dah glamour ramai yg lupa diri.

oshin berkata...

kannn...orang mcm tu kejap je pon...hihi

Unknown berkata...

kan best kalau semua pemimpin mcm tu.. ni tak, ada pgkat ckit mula la nak menyombong.. huhuhu..

oshin berkata...

betul3...mesra rakyat dan mudah didekati :d

Tanpa Nama berkata...

I think, that you are not гight. I аm assured.
Write to me in PM, we will discuѕs.
My website - web resource