11 September 2012

Twtup ? Blogger Gathering ?

Oshin pasti ramai antara korang pernah pergi dua acara gempak ni kan. setakat ni Oshin masih belum berkesempatan nak join memana. sebab ? salah satunya tempat yang diadakan tu agak jauh dari posisi Oshin sekarang. ye la. kebanyakkan buat kat area KL/Selangor. memandangkan Oshin ni duduknya ke bawah semenanjung maka tak dapat lah nak join u ols.

masa Twtup kat Johor pon Oshin tak dapat pergi sebab masa tu terbang ke Sabah. hehe. rugi kan dekat-dekat dibuat tapi melepas. huhu. sadis tau. mungkin takde rezeki. bila baca entry kat blog-blog korang yang pergi event ni rasa jeles jugak tapi takpela. sekurang-kurangnya korang sudi berkongsi keseronokkan bila dapat pergi. terubat sikit rasa jeles tu. ahaks *ayat amik hati*

setakat ni Oshin ada jugak jumpa rakan blogger dan twitter tapi more to personal la. takdelah jumpa ramai-ramai sampai memenuhkan shopping mall. eh ? so far semua yang jumpa sangat friendly. alhamdulillah. dan persahabatan tu berkekalan hingga sekarang. alhamdulillah.

perasaan bila jumpa seseorang yang kita kenal dalam alam maya ? sangat berdebar tau. macam nak jumpa/date dengan bf/gf untuk pertama kali. ngeh3. kenapa Oshin cakap macam tu ? sebab Oshin pernah bercinta dengan seseorang yang Oshin kenal melalui chat room. hahaha. sebab tu la tau perasaan dia macam mana. cuma situasi kali ni lain la sebab bukan nak jumpa kapel tercinta. tapi sahabat tersayang.

seronok rasanya bila kawan bertambah. dan harapnya hubungan tu akan berkekalan hingga ke jannah. sebuah hubungan persahabatan yang ikhlas sentiasa diberkati Allah. betul tak ? hope lepas ni Oshin dapatlah jumpa kawan-kawan blogger atau twitter yang lain. love u guys !

2 ulasan:

Anum berkata...

insyaallah

AenuMiza berkata...

yess dear muah