11 September 2012

Oshin Diugut ?

 
pernah tak korang dapat ugutan yang menakutkan. sebagai contoh diugut bunuh atau dicederakan oleh seseorang yang kita kenal. rasanya da banyak dalam suratkhabar yang kita baca tentang ugutan macam ni kan. actually Oshin pernah alami. Oshin diugut ? yes Oshin diugut.

perasaan diugut ? rasa seram jugak tapi berserah pada Allah je la. hanya DIA yang tau segala perjalanan hidup kita kan. tapi dalam masa yang sama harus la berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. kot mana la tau orang tu betul-betul nak jadikan kenyataan. hehe.

tapi situasi Oshin ni beza la sikit kot. sebab semuanya ugutan berbaur gurauan. Oshin pasti korang pun pernah bergurau kasar kan dengan orang-orang yang berdekatan. Oshin pun jenis gurau kasar tapi hanya untuk sesetengah orang la. kalau tak memang dah lama kena tangkap u ols.

kebiasaannya gurauan kasar ni lebih kepada orang yang dekat. sebagai contoh satu keadaan yang mana Oshin membahan kawan la kan.

Oshin : tolong jangan nak perasan hensem ok. kalau ada anugerah pon belum tentu ko menang. itupun anugerah 10 lelaki paling tak kacak. hahahaha.

Kawan : aku dapat ko, memang aku tanam hidup-hidup ! hahaha

ini kira salah satu gurauan kasar yang boleh kasi orang sentap la. tapi selalunya bila gurau macam ni akan disertakan dengan ketawa je. so anggap la benda ni gurauan. tapi kalau orang yang tak boleh terima gurau memang cepat lah sentap. komfem lepas tu terus buat apa-apa untuk takutkan orang yang cakap tu. contoh situasi ni Oshin la jadi mangsa.

apa patut kita buat pada orang yang tak boleh terima gurau kasar macam ni ?

1 ulasan:

Anum berkata...

apa ek...