12 September 2012

Persiapan Raya 1.....

alahai raya da nak abis u ols. tapi Oshin baru la nak mulakan cerita riang ria tahun ni. jom Oshin cecite sket persiapan raya kali ni. dan raya yang penuh bermakna juga. hihi. cuma tak banyak gambar boleh di share tau. hope tak kisah.

seperti raya tahun yang sebelum, wajib la kami memasak hidangan untuk pagi raya. sehari sebelum dah bertungkus lumus kat dapur untuk siapkan hidangan. antara hidangan wajib family Oshin....
sambal goreng
rendang negeri sembilan

Photo: Kari ayam siap !!! http://instagr.am/p/OeEDZfBx4x/
kari ayam
ketupat biasanya tempah kat kedai. tapi bukan ketupat segera tau. memang kat Pontian ni ada kedai jual ketupat. so takdelah mengidam sangat kalau bukan time raya nak makan ketupat. hihi. order je nak berapa biji nanti dia tolong rebuskan. senang kan. dari pagi sampai ke petang memang duduk dapur je la anak dara ngan mak dara.

duduk ramai-ramai kat luar mengadap pokok durian, rambutan belakang rumah sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. pehh da macam berpiknik la pulak. haha. lagilah kalau da berkumpul ramai-ramai dengan sedara mara. macam-macam gosip keluar. tak sah kalau tak bergosip u ols. lagilah jenis family yang kecoh tak hengat. hahaha. kekadang dua family pon dah cukup huru harakan satu rumah. pastilah hasil kekepohan budak-budak kecik yang tak reti duduk diam. hihi.

bila da masak sedap tu perut memasing pon macam tak tahan je nak buka. hahaha. tapi kenalah bertahan sebab tinggal bape jam lagi nak buka kan. dan biasanya time berbuka tu makan la jugak hasil masakan sehari suntuk. takkan nak pandang je kan. tapi takdelah sampai abis satu periuk. buat hilang kempunan orang kata (macam la takde hari esok). hihi.

so nanti Oshin hapdet pasal persiapan Oshin tentang baju raya, kasut raya, tudung raya, kete raya..eh ? dan penampilan istimewa dari Sabah. cewahhh...
 

3 ulasan:

[5rUs] berkata...

kecurrr..

Anum berkata...

lain ek rendang negeri

Oshin berkata...

rasanya ada kelainan sket kot...sebab lain orang lain cara hihihi yang penting pedas tu wajib...