13 September 2012

New Born ! New Life !

huhalamak ~ Oshin ter speaking la pulak. ngeh3. biasalah sesekali haruslah asah bakat dalam cakap omputeh ni kan. walau kekadang tu grammar berterabur yang penting kena la mencuba. ye dak ?

ape kene mengena topik arini dengan entry ye. urmm. alkisah tersebutlah al kisah. eh merapu. stop it girl ! cenggini ceritanya wahai teman ku sekalian. setiap orang pasti pernah rasa bercinta dan dicintai kan. aduhai part menjiwang ler pulak. Oshin pon dalam dilema bila bercinta dan putus kasih sayang. eh?

as u know, ceh macam korang baca je blog Oshin ni kan. haha. dulu bila putus cinta kecewa tak ingat la sampai tak boleh nak makan, tak boleh nak tidur lena (tidur jugak), termenung sana sini, nangis sana sini. tapi bila ditakdirkan jodoh dia bersama orang lain haruslah tetapkan dalam hati untuk terima qada dan qadar Allah. betul tak ?

so jumpa lagi orang baru untuk menyulam kasih. cewahhhh. waktu bercinta aduhai indahnya. penuh gelak ketawa, senyum sorang-sorang macam orang insane, henpon melekat kat tangan 24/7 sampai orang lain pon naik rimas. hahaha. biasalah adat orang bercinta kan. so bila putus masih jugak menangis cuma tak seteruk yang dulu la. mungkin sebab tempoh yang singkat bercinta dalam setahun lebih dicampur pulak tak pernah bertentang mata maka rasa tu tak seperit dulu. tapi kesannya ada jugak ok.

lebih 2 tahun memendam rasa sebab tak dapat nak terima cinta putus di tengah jalan. eh ? pelisss. nak kata meroyan tu tak la. cuma masih tersimpan rapi rasa sayang dan cinta tu. opsss. rasa takut untuk dikecewakan lagi. terus tertutup pintu hati untuk terima mana-mana huluran salam perkenalan orang lain. haish. betapa bodohnya Oshin kan. macam tak percaya dengan ketentuan Allah. astaghfirullah.

tapi lepas apa yang berlaku Oshin tau dia bukan orang terbaik untuk jadi bakal imam Oshin, bakal ayah pada anak-anak Oshin nanti. dan Oshin tak nak toleh ke belakang lagi. Oshin akan lupakan segalanya tentang dia. EVERYTHING !!! you will remain as my memories. good bye !

doakan yang terbaik untuk Oshin. sekarang masa untuk Oshin melangkah dan lupakan segalanya. chaiyok !!!
 

1 ulasan:

Anum berkata...

insyaallah