Pages

14 September 2012

Persiapan Raya 3.....

jom sambung part persiapan raya Oshin baru ni. dah bershopping dengan Mieza, maka proses mencari baju kurung bermula. tapi Oshin tak pergi sendirian malah bertemankan adik comel dari Sabah, MiszyDian. ikutkan cik adik ni ada blog tapi close sementara sebab nak fokus study kononnya. bhahaha. lagipun adik manis ni rajin siap buat part time lagi nak cari duit poket. syabas bettei !

MiszyDian

Oshin dengan akak amik dian di KLIA. flight dari Sabah jam 6 pagi dan sampai KLIA lebih kurang 8.30 pagi termasuk segala check up kat airport tu. masa tu puasa ok. we ols teruskan perjalanan ke Seremban untuk ke rumah akak dian. sampai tersesat cari arah sebab akak dian, ummi pun blur jalan ke rumah sendiri. bhahaha. alang-alang da sampai kitorang pon merayap la ke Jusco Seremban 2 kejap. bawak anak buah dian iaitu anak-anak ummi la. hehe. konon nak cari baju/kasut kot ada yang berkenan tapi nan hado.

lepas anta ummi balik, kitorang pun teruskan perjalanan ke Johor. sampai dalam jam 4 petang tak silap. masing-masing badan dah letih so rehat la. esoknya baru mulakan perjalanan iaitu mencari tudung raya. bawak dian ke Kip Mart Tampoi dengan mana eh. alamak lupa la pulak. tapi adalah beberapa helai yang dian beli. Oshin ? masih tak jumpa yang berkenan. haha. dah la Kip Mart tu bahang yang amat. kena pulak bulan puasa. haish. rasa nak pitam pun ada. tapi masih bertahan la.

memandangkan tak dapat ape-ape malam tu decide nak ke Kota Tinggi pulak cari baju. esok pepagi keluar amik akak kat JB then berdesup ke Kota. memang nasib badan la jalan dalam cuaca panas membahang. dari satu kedai ke satu kedai masuk. kesian dian ngan akak Oshin. setiap kedai yang masuk Oshin tak berkenan. Oshin pon tak la tetapkan tema sebenarnya. cuma rasa cantik kat mata dan menepati bajet maka belilah. hehe. bajet Oshin ? jangan gelak tau. kalau boleh sehelai RM50 je. haha. kedekut tak ?

tapi berbaloi apa jalan penat-penat. Oshin dapat jugak 2 helai baju kurung harga RM50. tentulah cantik pada pandangan mata Oshin. dian dengan akak Oshin pun setuju dengan pilihan tu.so bungkus je la kan. yang penting baju kurung ni selesa dan bila pakai tak panas. pencarian Oshin da tamat. dian pulak masih nak cari tudung. dan teruskan lagi pencarian. hihi. pusing sana sini mencari. last-last akak ngan dian pun dapatlah sepasang baju kurung. haaa. agaknya tak dapat tahan godaan baju yang menarik hati kot. tu yang kaut sepasang sorang. hihi. takpelah janji puas hati kan. dian pun dapat lah sehelai tudung lagi sepanjang jalan kat Kota Tinggi. memandangkan da keletihan memasing so carilah jalan pulang.

eh.. masih tak abis lagi persiapan raya ni.. ada lagi tau. tunggu....

Tiada ulasan: