Pages

3 September 2012

Khas Untuk Awak !

Andainya tiada ruang untukku
Menyemai kasih dilaman hatimu
Biarlah aku mengundur diri
Memujuk hati yang pilu sendu
Apalah ertinya ku merayu
Sekeping hati yang kian beku
Engkau pun tahu
Sungguhnya aku memerlukanmu menjadi penyeri
Tak pernah kau beri kata pasti
Jelaslah kini yang kau kini tak sudi
Bila aku fikirkan sejenak
Apa kurangnya aku
Hingga gagal milikimu
Bukan kau tahu aku ikhlas
Kasih lahir dari hati
Apalagi bukti
Yang kau mahu
Mungkin jua keadaan
Menjarakkan perhubungan
Sedangkan kau cendekiawan
Lebih arif tentang kehidupan
Dan aku pula insan seniman
Hanya arif pada keindahan
Mana bisa mampu membahgiakanmu
Kerna diri sendiri hidup tak menentu
Mungkin itu salah satu
Mengapa kau membisu
Walau puas ku merayu
Mengapa engkau yang aku rindu
Sedangkan kau tidak begitu
Seharusnya sampai di sini
Ku harus sedar siapa diriku ini
Ku harus sedar siapa diriku ini

3 ulasan:

Sheila Adziz berkata...

xpe la diri xde org rindu kat kita, janji kita bahagia... hehe

fadilpenyu berkata...

Ambooi cik tulang. Kemain puitis. Saya penyu.. Dan awak kekura. Tiada mampu dapat bersama. Ecey...

oshin berkata...

@Pn. Sheila@CC : tu la kan...biarkan kita pendam je rasa rindu tu sendiri :)

@TDDMKA : tak dapat bersama takpe janji ikatan persahabatan tak putus ea hahaha