5 Januari 2012

luahkan saje

assalamualaikum...

sape readers kat blog oshin ni suka menyimpan segala masalah dalam hati. tak kira la sejak lahir ke sejak azali ke sejak baru kenal dunia ke. oshin pasti ada antara korang yang memang suka menyimpan semua rasa sorang sorang kan.

tapi bila terlalu dipendamkan akan menyusahkan diri kita jugak. kadang kala kita memerlukan seseorang untuk luahkan semuanya. oshin sendiri lebih suka meluahkan pada orang orang yang oshin selesa untuk luahkan. tapi meluahkan sesuatu benda tu tak semudah dikata.

oshin lebih selesa meluahkan sesuatu perkara pada orang orang tertentu. tak semua benda yang oshin boleh cerita pada sesetengah orang. dan kebanyakkan rahsia hati oshin, kawan baik oshin yang pernah dengar. depan dia oshin boleh nangis sepuas hati. hoho. malu jugak sebenarnya. tapi tiap kali nak nangis mesti cari dia. sanggup drive kete tau jumpa dia. sapa dia ? ini orang nya -> [Sini]

dan yang pasti bila tiada teman yang kita boleh percaya, hanya DIA yang layak untuk dengar segala keluhan kita. DIA sentiasa mendengar luahan dan keluh kesah kita kan. DIA tak jemu mendengar setiap detik dan saat. bantuan yang DIA berikan satu masa nanti sangat menyempurnakan hidup kita. jadi luahkan saja pada DIA tanpa jemu.

1 ulasan:

zareliqa afiqa berkata...

iqa mmg suka simpan sendiri.Tapi selagi tak luahkan masalah tu mmg tak tenang.Sebab tu buat blog sendiri.Kekonon diari tempat luahan atie leteww.heee :D