Pages

5 Januari 2012

budak kurang adab

assalamualaikum...

dah jarang oshin hapdet kan. ni oshin nak kongsi semalam punya kisah.

al-kisahnya cenggini la. dekat tempat keje oshin ni memang sesiapa yang gila facebook kompem datang tiap hari untuk guna PC. tapi ada sekumpulan budak laki ni memang tak tau adab. sepanjang cuti sekolah lepas tiap pagi, tengahari dengan petang mesti datang. tapi tak masuk dalam.

diorang park motor belakang bangunan. entah apa dia buat pon oshin tak tau. bila da kerap sangat oshin pergilah jengah. yang sorang pergi sembunyi. yang sorang masuk bilik air. yang lagi sorang tunduk je. oshin bebel la banyak banyak. tak lama lepas tu diorang blah.

bila nak blah tu je. diorang press motor sekuat hati. konon nak cabar oshin la tu. tapi oshin diamkan je. esoknya diorang datang lagi. benda yang sama diorang buat. press motor kuat kuat. konon nak bagi 1 kampung dengar la bunyi cengkerik motor dia tuh #pfftttt.

so semalam oshin memang tengah bad mood. oshin keluar perhatikan diorang. terus amik henpon call ketua kampung. depan depan diorang oshin call. nak tau tak ? masa oshin tengah call tu diorang selamber je press motor lagi. lepas tu pandang pandang sengih sengih. ek eleh setakat ramai ramai ko berani la cabar aku. aku cabar datang sorang sorang buat macam tu. tak aku bocor kan tayar korang, aku lubangkan tong minyak motor.

diorang ingat oshin tak berani ke nak melawan. sorry la budak. sebelah mata pun oshin tak takut. lepas ni kalau biadap lagi memang oshin report polis. biarkan budak ni duduk lokap satu malam. peduli ape kan. kalau dah tak reti bahasa macam tu je ajarnya. mak bapak pon tak reti nak nasihat anak. percaya je bila anak bohong.

5 ulasan:

Cik Nor berkata...

mak aii..garangnya eira...btl cara eira..jgn bag pluang diaorng wat kerja tak elok..

azu berkata...

isk..oshin pon kene hati2..hrp diorg xbuat benda xelok..mintak jauh kan dan hrp diorg xde kaco2 lagik. hp biar sentiasa ade no polis.

MAY berkata...

tapi kan..klu CM takut jugak dgn budak2 mcm tu skrg..sbb kdg2 dorg ni buat mcm2 kat kite plk nnt..klu kat kg CM,mak CM marah dorg main mercun..sbb mak tak sihat..dorg tjuk parang tau..sbb tu mmg buat tak tau je dgn budak 3 suku mcm tu...

LubLy berkata...

ganasnyeee 0shin..bgs!
lg kite biarkan lg dia0rg nek lemak..
wat jerk p0lis rep0rt hbs citer..
dia0rg tue bdendam tue..

oshin berkata...

mmg berdendam pon sebab salah sorang dari diorang tu oshin blacklist dari masuk dlm sebab pernah kene tangkap tgok video lucah...lepas tu siap kene denda bayar rm50..smpai sekarang x abis bayar lagi..tu yg die bengang