Pages

5 Januari 2012

journey to singapore - part 5

lepas da menikmati jalan cerita dan merasai sendiri pengalaman di dalam kapal Titanic tu kitorang pergi tengok documentary dia pulak. dalam documentary ni diceritakan oleh seorang penulis yang mengikuti trip menyelam untuk mencari bangkai kapal yang tenggelam di dasar laut.

tiket museum & documentary
oshin nak kongsi ngan korang nih. masa tayangan documentary nih, pengunjung lain punya la khusyuk dengar ngan tonton. oshin boleh pulak bantai tido. haha. siyes masa tu ngantuk tahap gaban. kene pulak dalam tu macam wayang. gelap je kan. cahaya dari skrin. apalagi tido je la. haha. rugi kan tak tengok benda tu. haha. tapi takpelah. yang penting kawan oshin, azmi tu paling segar mata dia tengok documentary ni walaupun awal awal tu dia yang lelap dulu. hahahaha.

da abis tayangan kitorang pergi tuntut gift dari kedai souvenir. dapatlah satu buku note yang ikutkan harganya SGD10.00 dan satu beg kertas dari Marina Sand Bays.

gift from the exhibition
dah selesai semua kitorang menuju pulang ke Orchard Rd plak. naik MRT dengan harga SGD1.10. satu pengalaman lagi oshin dapat bila manusia yang amat ramai. bayangkan sampai satu tahap kitorang tak boleh nak gerak langsung. dah macam kereta atas jalan jammed tak bergerak. dengan adanya jualan aiskrim kat tepi jalan. pemuzik jalanan ada, penari jalanan ada. meriah u olls. kebetulan masa tu ada perarakan sempena Krismas. memang packed gilos.

tapi oshin perhatikan walaupun manusia penuh keliling. agak susah untuk kita bau yang kurang enak. kalau yang biasa ke Jalan Tar, BB dan sewaktu dengannya, bila orang terlalu ramai komfem ada antara kita yang tutup hidung sebab tak tahan dengan bau sekeliling kan. hihi. kat sana udaranya agak segar. sebab kaki rokok hanya merokok di kawasan yang disediakan tong sampah sahaja dan buang ke tempat yang disediakan. kalau di Malaysia, tak kira la kat mana pon perokok tu berdiri walaupun tong sampah sejengkal je depan mata. selamba badak dia buang atas lantai. pengotor kan ?

oshin bukan nak puji lebih lebih negara depa ok. tapi oshin menulis berdasarkan pengalaman oshin sendiri dan pemerhatian oshin sendiri. sama-sama la kita jaga kebersihan negara sendiri. memandangkan perut da lapar yang teramat destinasi pertama kitorang adalah tempat makan. dan memilih Burger King untuk lepaskan lelah dan perut yang berbunyi. dah kenyang menuju pulak ke kedai CD/DVD (oshin tak ingat nama dia) kat sana memang cuci mata abis la. kedai semuanya brand tip top. kebetulan tengah ada sale. memang penuh je la orang. tapi oshin tak beli ape pon. sekadar cuci mata je.

jam 8.00 malam kitorang da gerak ke Woodlands. sekali lagi terpaksa mengharungi lautan manusia yang sangat padat. nak tak nak rempuh je la diorang haha nasib baik oshin ni kecik. leh la main selit selit je celah manusia manusia nih. hihi. penat tak hengat la. MRT pon penuh. bersesak lagi dalam tu. tapi tak lama sebab ramai turun kat stesen berikutnya. lega sikit hati. lepas tu lepak kat kedai makan di woodlands. makan mee hoon tomyam. mabeles u olls. pedas berasap lerrr.


tiket yang dibeli jam 11.30 malam. so sebelum tu kene check dengan kastam dulu. dan bila keluar ni sama jugak prosedur macam masuk. tapi lebih mudah la. kalau u olls nak tau. tambang dari Woodlands ke JB Sentral adalah SGD11.00. tak macam terkejut pulak oshin kan. berkali ganda tambang dia. masa pergi cuma RM3.00 je. balik dekat RM25.00. gila la. lepas ni memang balik naik bas je la. tambang lagi murah. haha.


lebih kurang jam 12.00 tengah malam oshin sampai kat JB. cousin oshin da sedia menanti di luar. hihi. kaki pon da kejang semacam je. so bolehlah melelapkan mata dengan tenang bersama mimpi indah ke Singapore. cewahhhh. so inilah pengalaman oshin untuk Pengembaraan ke Singapore. kalau rasa boring maaf la ye. oshin memang suka cerita panjang panjang. nak cite sikit sikit kene marah pulak kang. haha. so Exhibition tu sampai bulan 4 nih. sesapa yang rasa nak tengok bolehlah pergi dalam masa terdekat nih. ngee.

that's all guys. see u next time ok. target lepas ni ke Sabah bulan Mac. hihi. yeehaaa !!!

1 ulasan:

MAY berkata...

bestnye jln2 kan.....da lame tak berjln2 ni..