Pages

1 Disember 2011

terlepas peluang :(

assalamualaikum..

hmm. ingatkan pagi ni nak ceria. tapi tak boleh pulak. keceriaan tu kejap je. haish. *tak baik mengeluh*

kisahnya baru je setengah jam yang lepas. oshin tergerak hati untuk bukak emel personal. sebelum ni memang hari-hari oshin bukak. cuma dalam minggu ni oshin tak rasa nak bukak. sebab bila bukak balik balik benda yang sama. benda yang merepek je oshin dapat.

so tadi da bukak oshin terpandang satu emel. subject pasal temuduga. berderau darah oshin. terus la klik emel tu. dan seperti yang oshin jangka memang oshin dapat panggilan temuduga kat Subang Jaya. tapi sayangnya tarikh temuduga tu semalam dengan arini.

yang semalam tu memang la tak dapat buat ape ape kan. yang arini pon nampaknya macam tu la. sebab oshin keje sorang arini. kalau gerak sekarang pon belum tentu sampai tepat masanya. nak kemas barang lagi. da tentu tentu last minit. komfem berserabut semua.

oshin call company tu. boleh tak mintak postpone sebab oshin baru baca emel tu. staff tu cakap tak pasti sebab bos dia da pergi meeting kat Ipoh. haish. nampaknya takde rezeki la oshin nak pergi interview tu. ada la tu rezeki kat tempat lain kan. insyaAllah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lorrr... sabar je la.. conclusionnye..pasni mesti check email every morning be4 start task.. hehe

waniey syazwani berkata...

insyaallah ada rezeki di tempat lain plak... setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. :)