30 November 2011

kenangan masa kecik

assalamualaikum...

tetibe je oshin teringat kisah masa kecik dulu. ni semua gara-gara tadi bekas jiran lama oshin bercakap ngan mak kat telefon. sebenarnya ayah yang call. mungkin lepas tu ayah bagitau terjumpa jiran oshin ni. so mak pon borak la kejap ngan makcik tu.

mula mula tu oshin macam tak amik port la. lepas tu mak oshin sebut pasal kad jemputan. lepas tu masuk pulak mak oshin kata tunggu makcik ni masuk meminang anak dia takde pulak. ye la anak anak die sumer da kawen. entah apa makcik tu cakap tetibe mak oshin kata 'eh, takpe. oshin kan ada' * ada panggilan lain sebenarnya *

terus oshin teringat la sape gerangan jiran oshin tu. haha. memang dari kecik oshin agak rapat ngan family makcik nih. anak dia semua lelaki. dan oshin selalu dimanjakan depa semua. ingat lagi masa kecik kecik. family oshin, family makcik ni ngan satu lagi family *jiran oshin jugak* pergi bercuti kat Port Dickson.

kitorang tido kat satu umah. kiranya tido 3 keluarga satu rumah la. masa tu semua kecik kecik lagi. tiap kali pergi jalan jalan mesti oshin pimpin tangan ngan makcik ni. bila time makan family oshin duduk dekat dekat. oshin je terselit sebelah makcik nih. haha. kira budak kesayangan la konon.

dan disebabkan itulah oshin selalu dikatakan menantu makcik nih. tapi anak anak dia semua da kawen. bukan jodoh oshin la kan. haha. *perasan* bila da besar ni jadi segan sikit la ngan family makcik nih. lagi lagi ngan anak anak dia. walaupun da pangkat abang abang je pada oshin. tapi kalau jumpa tetap la senyum ngan tegur tegur. oshin kan peramah. cewah angkat bakul tekan lif sendiri. wakakaka.

3 ulasan:

Onitsuka_hana berkata...

kira cm family angkat la..bestnya

Saiazuan berkata...

tringin nak jadi kecik blik :D

Oshin berkata...

oshin banyak family angkat hihi