malam tadi kononnya nak tengok Ombak Rindu. tapi full house la pulak. sedih betul. dah alang-alang ke panggung pilih la cite Aku Bukan Tomboy. siyes memang best !
kisahnya bila Farisha (Scha) seorang gadis tomboy yang tinggal bersama ayahnya (Harun Salim Bachik) disukai oleh dua lagi pengkid iaitu Sam (Salina Saibi) dan Sheera (tak ingat nama watak dia). buat yang tak biasa dengan aksi pengkid dan tomboy ni mungkin rasa geli-geli sikit la. hihi.
Farisha bersahabat baik dengan Harry (Shaheizy Sam) dan sering meronda dan merempit sesama. Harry ada perasaan pada Farisha tapi tak pandai nak luah. hinggalah satu hari Farisha jatuh hati pada Burn (Shamsul) membuatkan Harry sentap dan merajuk.
buat sesapa yang belum tengok boleh la layan. pada oshin memang lawak. jalan cerita dia tak berat dan mudah faham. asyik gelak je sepanjang tengok nih. Ombak Rindu postpone la jawabnya. haha.
4 ulasan:
dah lame tak tgk wayang..huhuhu.. nnti nak tgk la cite aku bukan tomboy nih..=)
cepat2 g tengok..hihi mmg lawak :)
nak tgk jugak lah.. hehe.. baru jer kamis lps tgk ombak rindu.. hehe
bila nk tgk ombak rindu lak?
Catat Ulasan