Pages

27 Disember 2011

journey to singapore - part 2

sambung...

memandangkan ramai tak puas hati dengan entry [NI] maka oshin sambung lagi eh. sampai je dekat Woodlands kitorang terus ke bahagian imigresen Singapore. kat situ kene isi satu borang putih yang disediakan berhampiran pintu masuk. memandangkan 1st time oshin pegi oversea nih, kawan oshin tunjuk ajar ape nak di isi kat borang putih tu. lepas tu beratur la tunggu turn kat kaunter. banyak gak kaunter imigeresen.

diorang cek passport ler. kawan oshin kata kalau masuk sini better pergi kat staff melayu sebab tak banyak songeh. kalau cha ya nun alif agak cerewet sket. so sampai giliran oshin dengan senyuman manis di pagi hari oshin bagi la passport kat staff tu. ensem u ollssss. HAHA. dia tengok passport oshin kosong je. terus suh sebut no IC. haha. agaknya lain kot muka dalam passport ngan real. tak cantik ke bang. HAHA.

lepas tu cek bagasi dan body. scan barang dalam mesin. macam kat airport tu la. oshin bebas segala benda okeh. ngee. first thing yang kitorang buat da keluar tu cari makan. oshin ni tak pernah jejak lagi kat singapore so ikut je la mamat 2 orang nih melangkah ke mana-mana. hihi. cari kedai makan orang melayu la yang ada logo halal. pagi tu oshin makan nasi lemak. boleh tahan sedap jugak. harga SGD 2.50.

lepas tu macam hilang arah tak tau nak naik ape. haha. nasib baik la diorang ni jenis main redah je. so buat keputusan naik bas untuk ke Marsiling Stn. lepas tengok jadual kat board yang disediakan kitorang decide naik bas no 950. tambang hanya SGD 1.10. sampai Marsiling Stn. kitorang naik MRT ke Raffles Stn. tambang SGD 3.20. oshin terpegun dengan sistem MRT diorang. sangat efisyen dan teratur.

dalam MRT ada reserved chair untuk golongan OKU, warga emas, ibu mengandung. bila ada je golongan ni masuk MRT cepat-cepat diorang bangun and bagi seat. kat Malaysia ramai tak macam nih. jarang nak jumpa kan. ngeh3. (teringat iklan Adlin dalam LRT tu) orangnya pun ramah tamah. very nice. perjalanan kitorang tu amik masa lama jugak. ngantuk oshin duduk dalam MRT haha. tapi laju gak MRT dia. sampai kat Raffles Stn tu kitorang pon meredah la segala mall yang kedai kedai tak bukak lagi untuk ke Marina Sand Bays.

macam tak lenguh pulak kan kaki gue jalan jauh. haha. tapi masa ni lah nak kumpul pengalaman. hoyeahhh. sampai je destinasi terpegun oshin dengan pemandangan. walaupun hujan oshin rasa tenang sangat-sangat. terus kuar kamera cabuk tangkap gambar.

tak ingat la ape nama dia...ngeh3
tenang sangat tengok pemandangan nih
tu la muzium yang oshin pergi



benda ni pusing-pusing tau
cantik tak kapal atas tu


2 ulasan:

Mr.Superman berkata...

gambar klu besar lg best. :)1hr nti nk prg sana la.jln2 honeymoon :P

oshin berkata...

besar sangat nnti berat blog nk loading...so amik yg sedang2 aje lerr hihi