Pages

3 Disember 2011

berdebar dalam terkilan

assalamualaikum...

napa oshin berdebar ? napa oshin terkilan ? macam mana bila digabungkan berdebar tapi terkilan. boleh bayangkan tak ? mesti la tak boleh bayangkan. sebab berdebar ngan terkilan tu satu perasaan. bila bercakap tentang perasaan mesti lah kita merasa kan. haha.

ok balik pada story k. oshin berdebar sebab kawan keje oshin satu ofis nak beranak. sape yang tak berdebar weh. tiap kali tengok dia bawak perut memboyot buat oshin risau. takut nak biar dia jalan sorang sorang kalau pergi toilet. semalam pagi dia mesej oshin bagitau da ada tanda tanda nak kuar.

oshin pulak yang berdebar dia cakap macam tu hihi *over kau minah* tapi masa tu dia kata laluan tak bukak lagi. cuma dia rasa perut da mengeras je. pagi pagi tadi oshin da mesej dia. da bukak belum. haha over tak ? lepas tu dia cakap doc tak check lagi. lebih kurang jam 3.50pm tadi dia mesej gtau da bukak 3cm.

makin excited pulak oshin dengar. hihi. mungkin malam ni atau esok keluar lah baby die. semoga selamat semuanya. itu part berdebar. bab terkilan pulak. macam ni alkisahnya. sebenarnya oshin perlu ikut kursus 5hb-9hb kat Pasir Gudang. kursus kali ni macam menarik sebab dapat jalan jalan kat Johor Premium Outlet (JPO). kira kursus yang menarik la.

mula mula tu oshin memang pergi. tapi bila kawan oshin ni masuk hospital. oshin kene la komfemkan balik ngan bos macam mana. die cakap takpela. oshin pergi lain kali. haish. sedih la pulak. tapi nak buat macam mana. kalau oshin pergi ofis tutup. lagipun da ada arahan ofis tak boleh tutup. huhu. terkilan sangat tak dapat pergi. tapi takpela. nanti dapat tengok baby kawan. hihi.

pssttt...gigi bawah oshin da mula gerak-gerak. hihi.

Tiada ulasan: