assalamualaikum...
jom oshin cite pasal treatment semalam. oshin punya appointment pukul 10 pagi. tapi oshin da bangun pukul 6.40 pagi sebab nak siapkan sarapan untuk adik oshin yang mula SPM. sementara tunggu pukul 10 tu oshin buat la apa-apa yang patut kan. dan seperti yang oshin cakap sebelum ni off day oshin hari isnin dan selasa. so memang sesuai la buat treatment hari cuti tu kan.
sampai je kat klinik oshin kene tunggu pulak sebab patient yang appointment sebelum tu sampai lambat. so masa oshin dianjakkan sikit dan oshin kene la tunggu kejap kan. kebetulan masa tunggu jumpa jiran sebelah uma oshin. die pon ada appointment jugak. bual bual ala kadar je. lepas tu turn makcik tu pulak. oshin duduk je la kat kerusi tunggu turn. eh lupa nak bagitau. beberapa ari sebelum treatment tu satu buckle oshin tertanggal. kat bahagian gigi geraham bawah.
staff kat kaunter tanya napa tak datang. oshin kata masa treatment da dekat. so buat sekali je senang kan. kebetulan masa tu oshin keje. memang tak sempat la nak pegi. waktu klinik bukak pulak lebih kurang waktu keje oshin. komfem la tak dapat nak pegi. huhu.
turn oshin da sampai dan masuk bilik belakang macam biasa. letak buckle dalam mangkuk yang disediakan. lepas bagitau doctor kat mana yang tanggal dia pon mula lah buat keje. mula mula doc cabut dawai yang sambung antara buckle. peh ngilu gile.
siyes terangkat jugak la badan oshin. sakit sangat. macam nak tanggal semua gigi nih. lepas tu doc masukkan dawai baru yang tebal sikit. mula mula doc masuk dalam buckle yang belakang. lepas tu die tekan tiap dawai dalam buckle yang lain. adoi memang kene la pulak gigi yang tekan tu memang selalu ngilu. gile sentap weh.
kalau dulu oshin pilih kaler pink. kali ni oshin pilih kaler pink ngan ungu. haha. yang tak leh blah masa doc nak ketatkan tu oshin rasa macam kene putar putar. tapi tak tau ape benda yang die putar tu. bila tengok kat cermin ada dawai terkeluar macam kene putar. mungkin itu kot yang doc putar putar tu. memang masa tu oshin rasa macam gigi kene cabut. sakit gile. huhu.
doc kata gigi tak rata lagi memang kene tahan sakit la. nanti da cantik da kurang la sakit nya. huhu. lama lagi nak kene bertahan. kali ni oshin tak rasa lagi bibir tersangkut sangat pada besi. macam gigi da mula ditarik ke belakang sikit. cuma sakit kengiluan tu masih terasa sampai sekarang. rasa ketat je gigi nih. nak makan pon sakit sangat. takleh nak kunyah sangat. tapi harap harap dalam 2-3 hari ni je la sakit nya. lepas tu da oke macam sebelum ni. hihi.
pssttt....rasa-rasa berani ke nak buat braces pada yang berminat tu ? hihi
3 ulasan:
harap2 x lama sakitnya
insyaAllah tak...sendiri cari pasal..kene la tanggung kan haha
nak cantik memang menyakitkan.. ngeri nak bayangkan..uhh
Catat Ulasan