17 November 2011

my heaven !

assalamualaikum...

arini oshin lambat sikit hapdet ngan online. sebab sibuk uruskan hal peribadi sikit. kebetulan masa tu tayar kete botak jadi untuk keselamatan oshin hantar kedai kejap. of coz la oshin ngan ayah. kalau sorang sorang nan hado la jawabnya.

lepas ni da ada BABY kene la banyak knowledge pasal kete kan. jangan nanti kene tipu pulak. urmm. sementara tunggu tayar kete ditukar. oshin pergi la hantar kasut akak kat kedai. dia mintak tolong repairkan tapak. nasib baik abang tu kata boleh amik petang.

kalau tak, melangut la oshin nak tunggu. lepas tu oshin jalan ke kedai tayar balik. kebetulan lalu depan satu kedai roti. mata oshin da melilau tengok kedai cari mangsa. dan akhirnya mangsa telah dikenalpasti. oshin pun masuk la kedai roti tu.

setelah pusing sekali (kedai kecik je) oshin da nampak tiga mangsa untuk diterkam. dan tanpa pikir panjang oshin terkam ketiga-tiganya. so heaven dapat tiga-tiga mangsa nih. dan sekarang oshin tengah menghadap mangsa yang pertama.


lepas ni dua lagi mangsa yang akan diterkam....


semua nya ada cheese. wakakaka. ye. oshin sangat gilekan cheese. dah lama okeh tak dapat makan cheese cake nih. dekat tempat oshin memang susah la nak jumpa. tapi akak oshin kalau balik umah dan dia singgah Secret Recipe. dia kompem belikan satu cheese cake untuk oshin. satu slice pon takpe kan. janji oshin dapat rasa. dan oshin takkan kongsi ngan orang lain. muahahaha.


2 ulasan:

Faz Abas berkata...

owh, ketiga2nya my favourite!

Anum berkata...

sedapnya