13 November 2011

hampir tercium bontot mu

assalamualaikum

eh lucah betol tajuk entry oshin. eh tak tak. oshin bukan nak ajak korang tengok bontot orang. oshin bukan nak cite pasal oshin cium bontot orang. tapi satu cite yang boleh buat menggigil kaki oshin nih. huhu. sadis tau tak ?

actually pagi tadi masa nak pegi keje. boleh tahan banyak la kete kan even jalan kampung. mungkin semua orang yang balik kampung nak balik ke kota. dan macam biasalah macam macam ragam orang pandu kete kita leh tengok kan.

yang buat u-turn sesuka hati ada. yang belok tak bagi signal ada. yang potong macam nak terberak kejar jamban pon ada. macam macam la. dalam situasi oshin ni agak bengang jugak la nak hadap. driver yang suka main brake walaupun kete depan jauh sebatu dan jalan elok rata takde lubang. rasa nak jotos je kepala die kan. #pffttt

sampai kat satu selekoh ni kebetulan ada satu group moto berkuasa besar lalu. ada pulak polis yang iring depa ni. nak kata makan jalan sebelah tu takdela sangat and of coz la polis tu tau kan nak handle macam mana. oshin tengok kete depan depan tu oke je. takde la nak tekan brake bagai. cuma jalan slow je la coz nak bagi laluan sikit untuk depa nih.

yang kete depan oshin ni ntah ape kene kepala biol die. leh plak tetibe tekan brake. semata mata nak tengok konvoi moto nih. peh hangin tak hengat la kan. nasib baik oshin sempat tekan brake. kalau tak memang oshin cium la bontot kete die. dah la kete belakang oshin masa tu driver die macam orang sakai gak. asyik nak memotong ikut suka je.

nasib baik masa tu ada jarak antara kete die ngan oshin. kalau tak memang oshin kene sondol la kat belakang. huhu. mau nye tak gigil kaki nih. tapi cuba la berlagak cool kan. masa brake tu berdecit tayar kete. nampak sangat la oshin emergency brake. huhu. tapi syukurlah takde ape ape. dan kete depan tu macam biasalah asyik main brake je walaupun takde masalah langsung kat jalan tu !

4 ulasan:

Asyikin berkata...

nasib baik, bahaya betul, dahla undang2 kat malaysia nie kalau langgar belakang, normally dia akan salahkan org yang melnggar. haish

msredcheesecake berkata...

seb baik takde keta belakang yg langgar kete cik oshin plak kan....

Nur Zulaikha berkata...

jaga jarak anda ..anda mampu mengubahnya..cewahh..mcm iklan plak..

Zaira Fadzil berkata...

selalu jadi macam ni bila dating.. sbb bf leka duk pandang kita kat seat sebelah pastu tak sedar dah tercium bontot kereta depan.