Pages

4 Julai 2011

cemburu biarlah bertempat

salam sumer.

apa perasaan korang kalau dapat pasangan yang cemburu secara mem 'khinzir' buta. apa kebaikan dan keburukan yang korang dapat ? oshin takde pengalaman sangat la. tapi tak bermakna si dia tak cemburu langsung. of coz dia cemburu. lagi kuat dari oshin. cuma cemburu dia bertempat.

saling memahami antara satu sama lain. itu yang oshin amalkan. sejak awal berkenalan memang oshin terus terang oshin jenis macam mana. si dia pon macam tu jugak. jadi lepas tu takde la masalah sangat kan. tapi apa kaitan ngan tajuk entry ? hihi.

oshin perhatikan keadaan sekeliling oshin. ada antara kawan kawan yang letakkan perasaan cemburu tu tempat no 1. tapi kadang kadang kita lupa kerana perasaan cemburu tu jugak boleh membuatkan pasangan kita menjauhkan diri dan berubah hati.

tak kisah nak cemburu cuma jangan keterlaluan. mungkin kita anggap sebagai satu cara untuk menunjukkan yang kita sayangkan dia. tapi kalau da secara terang terangan tunjuk sikap cemburu kat orang ramai ape kes. kawal la sikit oke. tak perlu nak serang mem 'khinzir' buta.

kalau pasangan bercinta tu lagi dasyat kot. belum ada ape ape da buat macam pasangan yang sah. itu tak boleh ini tak boleh. nak hang out ngan kawan pon tak boleh. ish ish. kalau kene tinggal 'Selamat Jalan' la jawabnya. ada pulak yang ikut suka kaki dia nak cemburu kalau pasangan tu keluar dengan family sendiri. helo der. kalo dengan family pon lu nak jeles, boleh jalan la. kau sapa nak jeles meles nih ! *kan da ganas*

kadang kadang bila jadi macam ni pasangan akan berfikir dua kali untuk teruskan atau tak hubungan nih. kalau pasangan yang da sah akad nikah nya tu tak kisah la. itu hal rumah tangga diorang kan. tapi harus ditangani dengan betul. jangan ikutkan emosi. siasat dulu kabar kabar angin sama ada betol atau tak. kalau betol kabar angin tu takdela malu sangat kan. kalau tak betol ? lu pikir la sendiri. redha je la lepas tu apa akan jadi dalam hubungan tu oke !

*ingatan ni untuk oshin gak*

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syukur awak tak macam tu...

Mizz ErMa berkata...

ehehe..betul3, sy sokong..sy lak jenis yg cemburu tapi x mem'khinzir' buta sangat..(err..tol ke) hihihi