13 Jun 2011

perjalanan 3 hari 3 malam

assalamualaikum....

oke la. ni cite da basi and masam oke. da lepas pon. tapi baru teringat nak hapdet. story ni hanya mengikut gambar yang akan ditampal dalam entry nih. jom bercerita ! haha.

3 Jun 2011

perjalanan dimulakan pada jam 5.30 petang. dari Pontian menuju ke Muar. bagi menghadiri majlis pernikahan sahabat baik oshin dari sekolah rendah. lama dah tak jumpa my Love ni. huhu. oshin ada citer pasal beliau kat SINI.

cantikkan my Love nih. :)

oshin tak dapat lama. tapi suka la dapat hadir masa pernikahan dia. i Love u forever dear :) lepas majlis tu oshin gerak ke Melaka. ada kawan-kawan yang amik. thanks to KS dan pasangannya Pie. haha. nasib ko la kene gosip ngan aku oke !

sampai melaka terus cari kedai Asam Pedas. memang sedap ler. apa nama dia ek. lupa plak. oshin makan asam pedas ikan pari. mabeles ! lepas tu jenjalan plak kat uptown Melaka. ce teka oshin jumpa sapa ? oshin jumpaaaaaaaaaaaaaaaa

Didie Alias

tapi tak tegur pon. haha. segan la. i bukan retis kan. *erk geli ! oshin tido umah ks. sampai umah dalam 2 pagi. ish ish. anak dara nih !

4 Jun 2011

gerak awal pagi. lebih kurang jam 8.30 pagi menuju ke Kluang untuk menghadiri perkahwinan kawan sekerja oshin plak. Nureen aka Oyeen bersama pasangannya Hasnizam aka Encik Aboq. tapi sebelum tu singgah umah kawan lain kat melaka. beliau tak dapat ikut sebab ada hal. kirim hadiah je la. dan kat hadiah tu ada ce cite tersendiri. haha. tettttt.

inilah KS. thanks sebab tumpangkan aku kat umah ko :)

snap-snap dalam kete. haha. kebosanan nih. lupa plak nak amik gambar seplastik makanan yang kitorang beli. kebulur tahap dewa masa tu sebab tak bekpes. wakakaka. lebih kurang jam 12 tengahari kami pon sampai la ke destinasi. masa tu dak Yan da sampai ngan asben dia. oshin ngan ks yang kebulur ni pergi la jumpa oyeen jap pastu melantak. haha.

tengah melantak geng-geng yang lain pon sampai. apa lagi bila da jumpa. haru-biru la jadinya kan. sume kepoh tahap dewa. buat macam kenduri sendiri. haha. korang memang best ! bawah ni gambar pengantin oke !

encik aboq dan oyeen :)

lepas da amik gambar ramai-ramai. oshin gerak plak ke Kota Tinggi. kononnya nak mintak tolong cik jijah anta ke JB. tapi last-last termenetap satu malam kat umah beliau. haha. beliau bawak oshin ke Teluk Sengat. best kat sana. tenang je tengok air mengalir. patut la cik jijah suka lepak kat sini.

agak-agak korang oshin atas laut ke tepi laut ?

lepas lepak kat situ balik la ke umah jijah. dalam 2 hari oshin merantau ke banyak tempat. hihi. memang meletihkan. keesokkannya plak oshin ikut cik jijah ke majlis perkahwinan rakan sekerja beliau kat Lok Heng. lepas majlis berdesup ke Johor Bahru aka JB untuk menonton wayang. *kononnya. bila sampai sana tengok barisan panjang gila ! disebabkan kitorang da set masa limit sampai kol bape-bape. da nak sampai kaunter tu cancel plak. haha. nanti cian kat cik jijah balik umah lambat.

opss. lupa plak. masa pegi kenduri kawen tu ada lagi sorang gugurl. beliau ni bos mak oshin. hihi. tapi kepala leh tahan gak ting tong. wakaka. kononnya petang tu oshin nak balik Pontian la kan. tapi terhalang dek minah ting tong nih. beliau agak tak yakin untuk lepaskan oshin naik bas sensorang. so malam tu lepak umah dia kat JB plak. hadoi. banyak betul tempat jalan-jalan. dari Pontian -> Muar -> Melaka -> Kluang -> Kota Tinggi -> Johor Bahru -> Pontian.

itu la perjalanan 3 hari 3 malam oshin. bawah ni gambar perasan sendiri oke ! jangan termuntah plak !

berangan tuh !

 mengingati seseorang :)

p/s : maaf entry sangat panjang kali ni. hihi. hope u enjoy ! 3 hari lagi menuju hari kebahagiaan !!!





5 ulasan:

normi nieza berkata...

panjang tol citer cik eira kita kali nie.haha

osHin berkata...

hahaha citer 2 hari dijadikan 1 entry....

Abang Stalker berkata...

melaka mmg best.. :) cri la psgn dr melaka,mulut bising hati baik. ;) btw,adik didi alias 1 skola dgn abg dlu masa di teknik melaka.mke diorg sebijik abes.

Amy Syaquena berkata...

Salam kenal dari SR , singgah sini dan follow..

osHin berkata...

psgn dari melaka ??? urmm.. melaka da jadi tempat hati luka berdarah la...hahaha