6 Jun 2011

Entry khas buat My Love

assalamualaikum....

seperti yang telah dijanjikan tadi, cik oshin nak cite pasal insan yang paling cik oshin sayang. boipren ? oh tidak ! korang kan tau cik oshin takde boipren. *tekup muka kat bantal sambil nangis pelan-pelan. huhu. dia seorang teman dan sahabat cik oshin dari kecik sampai akhir hayat.

nama dia Nur Amalinna binti Md Sudin @ Amy. cik oshin mula berkawan dengan dia sejak sekolah rendah lagi. walaupun berlainan kelas masa sekolah kebangsaan, kat sekolah agama kami sekelas ! haha. kami sama-sama pengawas masa sekolah agama. eceh. nak bangga plak kan. poyo !

cik oshin memang sayang kat dia. walaupun cik oshin masuk asrama masa form 1. cik oshin tak penah lupakan dia. lepas tu masa form 2 dia pindah ke Muar. sejak tu kami terpisah di dunia nyata. tapi alhamdulillah hubungan kami tak penah terputus. cik oshin wajib hantar kad raya tiap-tiap tahun kat dia. Amy pon sama jugak. hihi. best kan ?

bila ada henpon mulalah mesej-mesej dan call. *cik oshin ada henpon masa nak masuk matrik tau. walaupun kami jarang berhubung tapi cik oshin tetap sayang kat dia. sampai bila-bila. lama jugak kami tak jumpa. hampir 7 tahun lepas tu baru bersua muka. itupun tak sampai bape jam kot. hihi. masing-masing tengah ada hal. tapi lega la sebab dapat bertemu muka kan.

lepas tu memang da takde masa untuk jumpa lagi. dan 3 Jun yang lalu Amy melangsungkan perkahwinan. dan cik oshin sangat gembira bila ada masa dia nikah. tapi tak dapat datang masa majlis sebab clash ngan majlis lain. huhu. sorry dear. dan paling cik oshin terharu bila mak Amy masih ingatkan cik oshin. terima kasih banyak-banyak. dan hati cik oshin kembali berlagu sedih sebab sorang lagi insan rapat cik oshin da kawen. uwaaa. tapi takpe ! cik oshin tetap hepi sebab diorang hepi kan. yeay !

inilah orang yang paling cik oshin sayang sampai bebila

khas buatmu

Selamat Pengantin Baru sayang
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat
Saya sayang kamu sampai bila-bila
Cepat-cepat bagi anak buah kat saya eh.
Haha.
I Love You So Much

Tiada ulasan: