Pages

24 Mei 2011

mana janji manis mu ? ? ?

assalamualaikum....

haish...napa la orang bila berjanji susah bebenor nak tunaikan. orang kata bila kita mungkir janji termasuk dalam golongan orang-orang munafik. betul tak ? tapi tetap jugak buat tak tau kan.

bila kita terlupa berjanji tau pulak nak melenting, mengamuk, marah tak tentu pasal. tapi bila dia buat langsung takde rasa bersalah kan. anggap macam permainan je janji-janji tu.

mungkin perjanjian pada diri mereka satu permainan kata-kata je. bagi menyedapkan perasaan orang lain. tapi kene ingat la. kalau da berjanji dengan nama Allah. ingat-ingat lah balasan dari DIA. mungkin tak rasa sekarang nih. tapi satu hari kau akan kene jugak.

kalau ko selamat kat dunia nih. belum tentu ko akan selamat kat akhirat. jangan berjanji kalau diri tu memang tak pernah nak pandai tepati. tolong hormati perasaan dan maruah orang lain. jangan nak pijak maruah orang macam ko pijak kain buruk celah dapur berkarat umah ko tu. sebab nanti maruah ko yang akan dipijak-pijak sampai ko malu nak keluar menghadap masyarakat.

memang cik oshin sangat-sangat kecewa. kadang-kadang kita bagi kepercayaan tapi dengan mudah kepercayaan tu dipermainkan. mungkin cik oshin ni nampak bodoh di mata semua orang tapi cik oshin percaya Allah lebih Mengetahui. dan DIA akan bagi pembalasan setimpal pada mereka.

mungkir janji dan tabur fitnah. 2 perkara yang cukup memberi kesan dalam hati. terima kasih tak terhingga. biar Allah ampunkan dosa-dosa kalian. dan kalian diberi kesedaran secepatnya. mungkin kalian gembira atas kebodohan cik oshin kerana beri kepercayaan pada kalian. tapi ingatlah Allah sentiasa membantu hamba-hamba Nya yang teraniaya.

p/s : kalau kalian ingin dihormati dan disegani. peganglah pada janji-janji yang telah dibuat. langsaikan segala JANJI yang katanya ingin ditunaikan. kerana ditakuti cik oshin takkan beri kemaafan pada kalian sampai akhir hayat cik oshin. *terlalu kecewa dan sakit hati sangat-sangat :-(

Tiada ulasan: