24 April 2011

sentap menyentap

aku digelar syaitan kecik ? hahaha.

ni la gara-gara merepek di pagi hari bersama-sama kawan yang gonjeng. *erk bukan cik epal gonjeng tau. haha. tetibe jep nak selit nama cik epal. *ko nak mencapub ke nyah.

korang jangan tersentap plak bile ada orang panggil aku camtu yep. ala. ni gurauan kami secara halus kasar je. haha. kehidupan kami yang penuh warna warni. sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa.

aku sentap ke? tersentap ke tersedak. haha. aku tak amik ati pon. bile baca komen kat facebook tu aku cume gelak je. kesengalan kawan aku ni terserlah. macam yang aku bagitau sebelum ni pasal kawan-kawan keje tu kan. kami bergurau memang kasar tapi dalam hati ada taman.

eceh. taman la sangat kan. phui. senang kata takde la kes sentap menyentap nih. kami hanya bergumbira dan bergelak ketawa ja. bila sedih leleh kami kongsi bersama dan menceriakan kembali kehidupan dengan tawa. haha. kite mesti Enjoy!!!

Tiada ulasan: