24 April 2011

kanak-kanak berperang di highway !!!!

assalamualaikum. tak jawab dosa. huhu.

cik oshin pergi bercuti dengan family. memang meriah la cuti kami. pergi pon dengan family kan. lagi la seronok. siap ada bbq, game indoor ngan outdoor. da macam camping la plak kan. hehe. memang sangat la seronok. last day tu da siap kemas-kemas barang kitorang pon gerak la balik. bila kuar highway tetibe dihalang perjalanan kami. pelik la jugak kan.

semua pengguna kat highway tu berenti tetibe. sepanjang jalan tu kosong je. cik oshin tengok la ke depan. jalan tu hanya dipenuhi asap-asap tebal. lepas tu terdengar plak bunyi berdentam-dentum. percikan api di sana-sini. haish. apa da jadi nih.

da macam dalam citer perang-perang jep. tapi memang tengah berperang. diorang macam tak hirau kan orang sekeliling. yang diorang tau nak melawan musuh di seberang jalan. masing-masing baling bom ke arah pihak lawan. yang tak leh blah siap ada mercun tu. da macam sambutan tahun baru pun ada. tapi agak mencemaskan la situasi. korang nak tau sapa yang berperang ?

budak-budak sekolah je pon. yang umor tahap sekolah rendah. memang ganas la diorang ni. lepas tu pihak polis datang ramai-ramai pegi tangkap diorang nih. abis semua tempat penuh ngan api. entah dari mana datang penyembur api pon cik oshin tak tau. tapi ramai plak datang bawak tong merah tu padamkan api yang menyala.

bila da reda tu cik oshin rasa macam keletihan. dengar bunyi kete n moto lalu lalang kat sebelah. gosh. rupe-rupenye cik oshin mimpi je pon. haha. ganas tol mimpi perang-perang nih. tapi memang terasa macam ada kat situ tau. macam real je perang yang berlaku tuh. harap-harap dijauhkan  la negara kite ni dari perang-perang camtu kan. insyaAllah.

Tiada ulasan: