29 April 2011

nak boipren ! nak tunang ! nak kawen !

assalamualaikum

oke ! cik oshin da meroyan plak petang petang ni kan. haha. takde ape pon sebenarnye. ada apa dengan tajuk entry tuh ? cik oshin nak tanya la dengan korang ni. korang perasan tak gambar-gambar katprofile picture pesbuk tu ?

bagi yang tengah hangat bercinta - gambar mesti daring-daring. pose sana. pose sini. ada yang belakang pokok. ada yang dalam kete. terkepit-kepit. pegang sana. pegang sini. peluk sana. peluk sini. ngee.

bagi yang baru tunang - sopan je berbaju kurung. bersimpuh. amik gambar ngan sang lelaki jarak 1km. masing-masing malu-malu penyu. macam baru pertama kali jumpe. tersipu-sipu cam siput sedut kene sentuh terus sembunyi dalam cangkerang. haha.

bagi yang baru kawen - oke la kan. gambar peluk-peluk. tapi still malu-malu jugak cam baru tunang. konon-konon tak penah pegang-pegang la sebelum ni. tenung mata pon cam malu-malu beruk. padahal time kapel da sedap pegang sana-sini kan. *sambil jeling-jeling manja. haha.

bila dapat anak pertama - letak plak gambar anak kat profile picture. dari anak tu baru 1 saat lahir sampai la anak tu dapat adik pulak. haha.

kalau korang perasan macam tu la gaya kawan-kawan kite semua kan. *mungkin la. setiap perubahan yang berlaku dalam hidup mesti akan dikongsikan satu dunia. biar sedunia tau si polan ni hak milik kekal mereka selamanya !

p/s : jangan marah ha.... *ala-ala cite p.ramlee tuh :)

Tiada ulasan: