baru la dapat update tapi line tetap slow sebab bb ni da sampai limit. haha. pasni tak leh la online malam lebih-lebih. memang kompem tersangat la lembap line tenet nih. oke. cik oshin bukan nak cite pasal bb nih. nak cite kan satu kisah yang agak seram la kot. kisah ni diceritakan sendiri oleh seorang akak.
akak ni satu ofis ngan mak cik oshin. dia stay kat satu umah kebudayaan nih. memang akak ni berani la. tinggal sorang-sorang je kat umah yang besar tu. kisahnya da bape tahun lepas kot. baru arini aku dengar cite nye. ada lagi cite lain. tapi yang ni memang buat cik oshin tersentap jap. huhu.
satu majlis ape ntah akan diadakan. so macam biasalah setiap majlis mesti akan ada persembahan kan. as usual negeri johor mesti ada zapin ngan kuda kepang kan. akak ni handle persembahan kuda kepang. so satu malam tu diorang buat la latihan kat umah kebudayaan ni. kebetulan malam tu pegawai daerah a.k.a D.O nak datang tengok latihan tu.
budak-budak kuda kepang nih da ready tau. siap da pasang kemenyan and ape-ape la yang patut kan. masa tu D.O ni da nak sampai tau. tiba-tiba je budak-budak kuda kepang ni kemas barang diorang naik lori terus blah. langsung tak cakap ape-ape. esok paginya cikgu diorang datang jumpe akak ni and mintak maaf sebab tetibe je blah gitu je malam tu. rupe-rupenye............
cikgu tu bagitau ramai nak ikut sama. bukan setakat penari yang ada tu je. tapi ada PENARI lain nak ikut. korang faham tak maksud cik Oshin kat sini. tentang PENARI tu. huhu. nak sebut pun da meremang bulu tengkuk nih. huish. bukan satu dua tau. tapi RIBU-RIBUAN yang nak ikut. bukan setakat yang dalam umah kebudayaan tu. tapi umah-umah sebelah pun ada. peh. kalau cik Oshin ada kat tempat akak tu kompem da blah. tapi akak tu steady je. die still duduk sampai sekarang. sebab die cakap kalau kite tak kacau dia, dia pon takkan kacau kite. huhu.
p/s : jangan biarkan hidup anda diselubungi misscall misteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan