28 April 2011

happy anniversary sayang

assalamualaikum

28.4.2009 - 28.4.2011

hampir terlupa tarikh keramat ni. huhu. tengah melayan kebosanan kat ofis dengan tenet yang lembap nih. tup tup cik oshin baru teringat satu hal. hari ni merupakan tarikh perkenalan cik oshin dengan arwah. macam yang cik oshin penah cite dulu la kan. kami kenal dalam YM. arwah yang tegur dulu. hehe.

sepanjang mengenali arwah. cik oshin rasa senang. cik oshin hepi sangat. mungkin orang kata cik oshin bodoh sebab cintakan orang yang tak penah nampak muka dan tak penah jumpa. tapi cik oshin tak leh nak tipu perasaan ni. dia selalu ceriakan hari-hari cik oshin.

tiap pagi arwah akan call cik oshin sebelum pegi keje. arwah sanggup datang keje awal untuk call cik oshin. cik oshin pon jadi semangat tiap pagi nak bangun and pegi keje. sebab arwah jadi kekuatan cik oshin. sampai ofis cik oshin sambung YM plak ngan arwah.

bila arwah ada keje dia akan call cik oshin dulu sebelum buat keje. tiap kali nak pegi mana-mana arwah akan call atau mesej dulu. setiap kali call tu jugak la mesti ada cerita lawak yang dia ceritakan. macam mana la cik oshin tak terpikat.

tipula kalau kitorang takde gaduh kan. sama jep cam orang lain. tapi selalunya cik oshin lebih senang mengalah. cik oshin akan diamkan diri kalau ada masalah pape. tak sampai 5 minit arwah akan call balik mintak maaf. dia seorang yang lembut hati.

rindunye kat arwah. da 49 hari arwah pergi tinggalkan cik oshin dan yang lain. rindu sangat-sangat. tiap kali teringatkan arwah mesti cik oshin menangis. bukan sengaja nak nangis atau mengada-ngada nak nangis. tapi semua tu secara spontan. tak dapat ditahan air mata ni dari keluar.

cincin kapel kami. cik oshin masih pakai sehingga kini. dan apa yang cik oshin tau walaupun kami da putus sejak setahun yang lalu. arwah masih jugak pakai cincin yang sama. baju yang cik oshin bagi pon arwah pakai jugak. cuma cik oshin tak sempat nak tengok dengan mata sendiri. rindu bertandang lagi :(

sama-sama la doakan pemergian arwah menemui pencipta-Nya dengan tenang. 

untuk arwah : 
~ selamat ulangtahun sayang ~
semoga sayang akan tenang di sana
semoga Allah mengampunkan dosa-dosa syg
~ u will always stay in my heart forever ~

2 ulasan:

Cik Cempaka berkata...

sedih plak citer cik osyin hari ni

osHin berkata...

huhu doakan untuk arwah ye.. :)