.... continued
setelah berjumpa buat kali pertama perasaan kasih dan sayang antara dara dan teruna makin bercambah. namun disangkakan panas berpanjangan hingga ke petang. tapi ribut melanda pulak kan. *adoi. da macam nak bermadah ape je. satu hari si teruna dapat masalah. akibat tertekan teruna melepaskan kemarahan pada si dara. yang dara ni macam blur + bengang la kan. tak salah tapi kene serang. tanpa fikir panjang si dara memutuskan hubungan mereka. *peh, senang gilos kan si dara nih. haha. lama jugak la mereka tidak berhubung. hampir 3 bulan. kawan-kawan si dara terkejut dengan keputusan kehubungan diorang. siap kene marah lagi. haha. sian si dara.
setelah 3 bulan putus. tibe-tibe si teruna menghantar emel pada si dara. *katenye cinta alam maya kan. sesi memujuk pun pakai emel. hebat ! si teruna rindukan si dara dan inginkan hubungan mereka kembali seperti dulu. si dara tersentap nak. konon-konon nak buat macho la. macam besi keras tuh. hampir 2 minggu si teruna pujuk tapi si dara buat tak tau. akhirnya atas rasa manis nya bercinta *geli nyah. si dara pon terima kembali cinta yang dihulurkan si teruna. *gile jiwang. bwekk. dan mengejutkan sebab si teruna berubah 100% daripada seorang yang panas baran kepada seorang yang sangat penyabar. bertuah si dara kan.
makin hari makin bahagia la si dara dan si teruna melayari alam percintaan mereka. da saling kenal mengenal keluarga masing-masing. si teruna bertandang ke rumah si dara dan si dara bertandang ke rumah si teruna. semua keluarga da kenal ngan pasangan masing-masing cuma antara keluarga tak pernah bertemu lagi. adat dalam suatu perhubungan ada pasang dan surutnya. ada gaduh, ada bahgia, ada rajuk, ada manja dan macam-macam lagi. sepanjang bercinta macam-macam dugaan di lalui. pelbagai perancangan telah di buat dan berjanji sehidup semati. *eceh, poyo jek kan.
masuk tahun ketiga hubungan mereka. awal tahun tu masih bahagia bersama. tiba satu hari si teruna kene pergi kursus tuntutan dari kerja nya. 2 minggu tu. si dara plak dalam tahun akhir semester. seminggu si dara tak dapat berhubung ngan si teruna. sedih la si dara kan. menanggung rindu yang menggunung. setelah seminggu si teruna dapat la anta mesej ke si dara. seronoknya si dara. tapi mereka hanya berhubungan waktu malam je la sebab si teruna masih berkursus. setelah si teruna kembali satu perkara terjadi. jeng..jeng..jeng..
sikap teruna mula berubah. dulu si teruna paling kerap menghantar mesej dan call si dara. tapi setelah pulang berkursus teruna semakin liat. nak bermesej atau call pon ada waktu-waktu tertentu. tak seperti dulu yang setiap masa ada waktu untuk si dara. tapi si dara masih bersabar. bila ditanya tentang kursus si teruna seperti mengelak dan sembunyikan sesuatu. kesian si dara seperti tertanya-tanya tentang perubahan si teruna. setelah hampir sebulan lebih kerana tak tahan dengan sikap teruna, si dara buat keputusan untuk putuskan hubungan mereka. *gelojoh la dara nih. yang peliknya si teruna pon terima je. disebabkan kejadian ni si dara terpaksa extend pengajian beliau. *gile teruk penangan cinta nih.
setelah dua minggu putus, pada hari lahir si dara. si teruna telah menyampaikan pada si dara yang beliau telah ada perempuan lain. dan mereka berkenalan semasa berkursus. betapa hancurnya hati si dara. kesetiaannya selama ni di sia-sia kan dalam sekelip mata. dan paling tak disangkakan mereka buat keputusan untuk bertunang. makin kecewa la si dara. setelah 5 bulan terputusnya hubungan si dara dan teruna, berlangsung la majlis pertunangan si teruna dan orang ketiga. 2 bulan lepas tu majlis perkahwinan mereka pula dijalankan. betapa remuknya hati si dara mengingatkan perbuatan mereka. keluarga si dara dan si teruna banyak memberi semangat kepada si dara. walaupun hubungan si dara dan si teruna telah terhapus namun hubungan antara si dara dan keluarga teruna masih rapat sehingga saat ini.
hampir 6 bulan si dara berendam air mata memikirkan percintaan yang tidak kesampaian. ada jugak kadang-kadang si teruna curi-curi telefon si dara setelah berkahwin. tapi si dara cuba mengelak untuk melarikan diri. takut cinta lama berputik kembali la konon. haha. tapi kini perasaan si dara pada si teruna hanyalah kenangan. kosong dah. si dara pon teruskan kehidupannya dengan cara tersendiri. dan semakin bahagia meniti hari-harinya.
p/s: kalau rasa nak muntah sila ke tandas awam secepat mungkin ye. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan