Pages

18 April 2011

anuar zain di JB !!!!

haha. cik oshin bukanlah peminat tegar anak pak Zain nih. tapi teringat plak seminar dua minggu lepas kat Persada JB. lobi hotel Puteri Pacific berkumandang dengan lagu Anuar Zain. tak henti-henti diputar kan. kuat betul penangan anak pak Zain ni kan.


macam yang diwar-warkan media dalam akhbar hari esok, Selasa bersamaan 19 April 2011 beliau akan membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha. peh. mesti berdoyan-doyan setiausaha dok pujuk bos diorang kan nak join sama. bukan ringgit-ringgit tau bayaran dia. kalau tak silap cik oshin bayaran untuk meja VVIP *paling mahal nih. dekat RM10,000.00. what??? 10k. peh. gugur jantung mak.

kalau ada bos yang sanggup melabur untuk setiausaha nih memang disayangi terus la. haha. gile hebat kan anak pak Zain nih. mesti ramai yang histeria esok. muahaha. ape-ape pun tak salah nak minat kat seseorang tapi biarlah ingat batas-batas pergaulan tu. jangan la sampai kuar cite 'Peminat peluk cium Anuar Zain sempena persembahan di Minggu Setiausaha'. peh. dia tu laki takde hal. yang pompuan yang peluk-peluk tu nanti kene cemuh and maki. siyes kot sebab ramai je peminat tegar anak pak Zain nih. kita ni masih tinggi nilai ketimuran dan adab tatasusila. so jaga-jaga la diri ye anak/mak dara.

so sapa-sapa yang kat JB tu kalau jalan-jalan tu cuba la singgah ke Persada. mana tau rezeki bertembung ngan Anuar kan. hee. cik Oshin macam nak mencuba nasib la. haha. sebab esok cik Oshin cuti lagi !!! yeay.

Tiada ulasan: