18 April 2011

facebook VS blogger

kali ni nak citer plak pasal facebook ngan blogging nih. napa ngan dua benda nih. urm. kedua-duanya da jadi teman di kala kesunyian dan kegembiraan cik oshin. hehe.


sejak ada facebook mula tahun 2008 tak silap. masa tu macam bodoh-bodoh alang lagi la. cam tak bape nak femes kot. *padahal orang lain da advance. masa tu sibuk ngan friendster, myspace, tagged, hi5, wayn dan macam-macam lagi la. tapi kebanyakannya tak lekat ar. friendster je lama kot. bila da mula berjinak-jinak ngan facebook ni melekat la cik oshin tiap hari. keje cik oshin pon ngadap pc hari-hari. so tiap-tiap hari ngadap facebook. macam-macam game dan aplikasi cik oshin cuba. da jadi facebook addict. kawan-kawan cik oshin selalu tegur. 'ko nih takde keje ke. 24 jam asik facebook je' tersentap hati mak. huhu. rasa sedih pon ada. bukan masalah diorang pon kalau cik oshin online sentiasa. facebook cik oshin jadi ikut suka cik oshin la kan. huhu. mungkin diorang stress kot. tiap kali online tengok kat wall post asik nampak muka cik oshin je. da la tak lawa sibuk nak update je. *oke cik oshin sedar diri. tapi senang cite kalau da menyampah hide je wall cik oshin dari wall post diorang. tol tak? ko tak sakit ati aku tak makan hati. huhu. kalau nak add FB cik oshin klik SINI. cik oshin ada 2 FB. satu tu privacy sket la. so FB satu lagi untuk kawan-kawan baru :) thanks.


cik oshin mula bina blog tahun 2009 kot. da lama pon kan. cuma masa tu agak kurang minat la. tak tau nak tulis apa. bukan ada orang nak baca. so cik oshin banyak cite pasal diri sendiri. pasal kekasih yang da pergi tu. meluahkan je la kejenye. tapi takde sapa pon baca. haha. mula tahun 2011 ni la cik oshin semakin aktif. sebab macam seronok plak join segmen dan contest yang dianjurkan. selain dapat tambah kawan baru dapat jugak tambah follower and UV. thanks guys. oleh sebab da giler blogging ni facebook atas tu da jatuh tempat kedua. haha. sian facebook kan. lagipun selalu bukak facebook pon orang tak suka so lebih baik blogging. ramai supporter dari pengutuk takde insuran. hari-hari cik oshin pon tambah hepi dan ceria. sebab dapat kongsi macam-macam cerita dan pengalaman. I LOVE BLOGGING !!!

Tiada ulasan: