Pages

17 April 2011

cinta tragis 1

dalam dunia sekarang ni macam-macam hal kita leh nampak kan. macam-macam cara untuk orang ekspresikan perasaan mereka yang sedalam gaung. setinggi langit. seluas bumi. seharum minyak wangi dan macam-macam lagi. haha. cik oshin da mula nak merepek meraba meraban nih.

meh cik oshin nak cite satu cecite cinta tragis. uhuk. tragis ke? korang nilai la sendiri ye nanti. kisah tentang seorang dara dan teruna. mula berkenalan di alam maya. ala. dolu-dolu kan glamer chatroom MiRC, kampungchat kan. dara dan teruna ni berkenalan di room kampungchat. percintaan alam maya la kononnya kan.

perkenalan singkat tak sampai dua minggu da declare sebagai pasangan kekasih. *peh. gatal gilos depa dua ni kan. macam pasangan lain. agak mengambil masa untuk kenal mula-mula tu. bermula di chatting bertukar-tukar plak nombor henpon. mula la aksi gedik geli geleman di henpon. hampir setiap masa bermesej. call kurang sebab nak berjimat. haha. ops. lupe nak bagitau si dara ni masih belajar waktu tu dan si teruna sedang menanti surat untuk panggilan keje. untuk sementara waktu si teruna membantu ayahanda menguruskan kedai milik keluarga.

setelah bermesej-mesej an mereka berjanji temu la. kebetulan keluarga si teruna pulang ke kampung halamannya. berdekatan juga la dengan tempat si dara belajar. setelah berjanji setia tentang masa dan tarikh mereka pon bertemu. si teruna membawa akak nya sebagai peneman. *akak teruna nak merayap sebenarnya. haha. si dara pulak gelabah kucing dan malu-malu penyu. di usik kawan-kawan sepengajian sehingga blushing pipi nya. haha. bila si teruna sampai di hostel si dara. dengan malu-malu si dara pergi jumpe si teruna. masuk kereta terus jadi patung. haha. si teruna mulakan bicara dengan pertanyaan biasa. *cik oshin plak terasa kemaluan si dara bertentang mata ngan si teruna. haha.

tanpa perancangan rapi si dara ikut je ke mana si teruna bawa. *akak teruna ada tau. disebabkan si dara belum sarapan si teruna menunjukkan kegentlelan beliau membawa si dara makan. tapi sayangnya akibat terlalu gemuruh dan berdebar si dara hanya minum saja. *ouch. malunya si dara. akak teruna buat-buat tak nampak je aksi dara dan teruna ni. lepas tu si dara dan teruna pon berjalan-jalan di sekitar. *dating kat shopping complex masa ni. dengan kedai tak banyak bukak lagi mereka berdua hanya memerhati kawasan sekitar. akak teruna da bawa haluan sendiri. jadi si dara dan teruna hanya berdua je la kan. *akak teruna bagi can diorang dating.

pertemuan dara dan teruna tidak berpanjangan sebab si teruna dan akak nya kene balik awal. kerana family diorang da nak gerak balik ke rumah semula. pertemuan setengah hari itu membuatkan si dara dan teruna tersenyum panjang hingga bawa ke mimpi. si dara lebih malu bila di usik rakan-rakan seperjuangan. dan kebetulan si dara akan menghadapi peperiksaan semester keesokannya. jadi takleh dating lama-lama. *nak exam pon sempat dating. haish dara-dara.

*to be continued......

Tiada ulasan: