Pages

1 April 2011

:: aLL about eVe ::

korean drama : ALL ABOUT EVE

assalamualaikum my LoVe. hah. korang penah dengar tak tentang cite korea nih. tak silap aku da lama gak cite ni dikuarkan. dalam tahun 200+ (tak ingat bile. haha) ni salah satu citer feveret korea aku la. walaupun adik beradik aku yg lain (pompuan je) gile cite winter sonata, aku tetap pilih cite nih. nak tau sinopsis die. meh aku story sikit-sikit eh.

San Mei (Chae Rim) telah kehilangan ibunya sejak kecil dan dijaga oleh ayahnya sehingga dewasa. tempat keje ayahnya telah berlaku kemalangan menyebabkan seorang pekerja mati. ayahnya membawa balik anak gadis pekerja yang mati itu iaitu Ying Mei (Kim So-Yeon) ke Seoul. kedua-dua anak gadis ini begitu berminat dengan kerjaya sebagai penyampai berita membuatkan masing-masing berusaha untuk mendapatkan pekerjaan di stesen televisyen dan usaha tersebut telah membuahkan hasil.

Ying Mei berasa iri hati terhadap San Mei kerana orang disekelilingnya begitu menyayangi dan menyenangi sikapnya. oleh itu Ying Mei merampas buah hati San Mei iaitu You Zhen (Ham Jae-Suk) dengan pelbagai helah keji. bila dia tau yang anak kepada pengerusi stesen televisyen yang mereka bekerja sedang memikat San Mei, Xiang Zhe (Jang Dong Gun), dia meninggalkan You Zhen dan mula memikat Xiang Zhe. macam-macam helah dan cara digunakan untuk memikat Xiang Zhe ni.

nak tau lebih lanjut dan ending dia camne. apa kata korang pegi shopping complex atau mana-mana kedai cd and dapatkan dvd cite nih. haha. aku da ada dvd nih. so takdela kempunan nak cari susah senang kat internet tuh. haha. jom kenal-kenal sket tentang pelakon cite nih.

Jang Dong Gun
(aduh. ensem gile mamat nih. cair aty. haha)

Chae Rim
(alala. comelnye die nih. kompem ramai mata-mata gatal suke tengok die kan. ngee)

Ham Jae Suk
(ape nak komen eh. tapi dalam cite nih aku tak suke die sangat)

Kim So-Yeon
(gile benci tengok die dalam cite nih. haha)




Tiada ulasan: