6 Mac 2011

.:: tanda-tanda sakit - Part 3 ::.

sambungan dari PART 2

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

  1. Sakit Sendi

  • Rasa panas --> terdapat luka di bahagian sendi berkenaan & tanda- tanda penyakit gout.
  • Tidak rasa panas --> Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
  • Sakit di bahagian bahu --> Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. Kebas Tangan --> Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. (tang ni selalu aku kene kalau ditindih terlalu lama. erk? tindih ke? aku pun tak tau nak cakap camna. ala. macam kita letak beban kat atas tangan la. cam tu la kot.

3. Kebas Tangan Kiri Dan Lengan --> Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. Kebas Kaki --> Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. (akibat bersimpuh terlalu lama. konon nak control ayu last-last diri yg terseksa. muahaha)

5. Sakit Tapak Kaki --> Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama. (ape lagi. ayuh! kite bersenam. ceh. macam la aku senam ari-ari. tettt. )

6. Sakit Tumit Kaki --> Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. (uik. jaga-jaga)

7. Rasa Panas Di Tapak Kaki --> Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. Gatal Celah-celah Jari Kaki --> Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot). (kalau celah jari kaki aku gatal sebab kene gigit ngan semut api. adoi. takleh tahan bha)

TANDA-TANDA DALAMAN

  1. Kepala.
Segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.

2. Pening atau Sakit Di Bahagian Depan Kepala
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir. (uish selalu sangat aku camni. maknanya aku tengah mengalami tekanan jiwa la ek. huhu :(

3. Pening atau Sakit Di Bahagian Belakang Kepala

  • Bahagian atas --> Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah (tengkuk) --> Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

4. Sakit Kepala Dan Rasa Gas Keluar Dari Telinga :
Menandakan penyakit migrain. (mungkin ini yang kawan sekerja aku rasa tiap kali kene migrain. huhu. cian akak)

5. Bisul Terjadi Di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

6. Rasa Pening Yang Memusing
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
1. Loya dan Muntah

Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut. mungkin jugak sebab ada isi dalam perut.

2. Muntah Darah

  • Darah merah --> Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong
  • Darah hitam --> Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

coret - moret : http://www.zilhan.com/25-tanda-tanda-sakit-yang-perlu-anda-ketahui/#ixzz1FnY6bhyD

2 ulasan:

Shahiran berkata...

Tak fit pon boleh dikiran tanda-tanda sakit sebenarnya. Kalau tak sakit pun, anggap je berisiko sakit.

osHin berkata...

kadang2 org yg sihat pon leh ada penyakit tibe2...