WELCOME TO WEDNESDAY DITCH FARM & RESORT
hi korang ! post kali ni aku nak kongsi pengalaman pertama kali aku naik kuda. hehehe. serius berdebar-debar masa tu. bertemankan akak, adik dan pakcik aku, kitorang gerak la ke tempat kuda. nama tempat ni Wednesday Ditch Farm & Resort. so, masa sampai tu ada family lain tengah tunggang. kira kitorang ni tunggu turn masing-masing la kan. siapa dulu naik dulu. then bila sorang da selesai adik aku la org first yang tunggang.
my sis riding blackie
kuda ni memang besar tau. kitorang naik kuda dewasa. time adik aku naik blackie nih ada la orang tolong pegang. nama dia yuyut. x silap aku la. (pakcik aku gtau). dia pegang la tali si blackie nih. 2 lap dia bawak adik aku nih. lepas adik aku, turn akak aku plak tunggang blackie nih. aku jadi tambah-tambah gementar. rasa takut giler la. tapi tengok akak ngan adik aku nih cam rilek je kan. haha. tapi dalam ati tak tau la. :p
my older sister riding blackie
lepas akak aku punye turn ada la budak-budak kecik yang nak tunggang. so, aku bagi lah laluan kat diorang dulu. sementara tunggu turn aku, kitorang pegi la amik gambar kat sekitar kandang kuda. kat situ bukan setakat ada kuda tau. tapi ada jugak ostrich a.k.a burung unta. haha. cuma ada 2 ekor ja. selain tu, ada jugak kambing cuma masa kitorang jenjalan tu kambing dalam kandang. so, tak dapat la amik gambar ngan diorang. hehe. kat bawah ni plak gambar aku tunggang blackie. seriau weh. rasa cam nak jatuh pon ada. phewww.
i'm riding blackie
kebetulan aku orang terakhir yang bawak kuda ni tau. masa turn akak aku ngan aku. encik yuyut nih lepaskan je kitorang tunggang sendiri. korang bayangkan la debaran aku masa tu. duduk pon cam nak jatuh je. yang kelakarnya masa orang lain naik pandai plak blackie ni jalan sendiri untuk 2nd lap. tang aku naik baru satu lap dia da benti. pastu encik yuyut soh die jalan lagi. yang buat aku cuak masa 2nd lap nih ada satu part tu tetibe blackie ni angkat kepala macam nak berlari. berderau darah aku haha. pelan-pelan aku cakap ngan die jangan lari. jalan pelan-pelan. aku takut nih. haha. da sampai check point leh plak encik yuyut nih soh die buat lagi satu lap. haha. menggigil jap aku. tapi baru berapa langkah je die buat u-turn. pandai blackie nih.
aku bersama FLYTE
time orang-orang before aku tunggang, diorang turun disediakan kerusi. korang nak tau aku turun camne? kene turun cam koboi. tak macam sakit plak kan kaki aku kene lompat turun dari kuda yang tinggi tuh. crammed jugak la kejap. adoi. melepas beberapa peluang nak amik gambar n posing-posing. chui.
nama dia MANI KARDO. ni kuda untuk tournament. oke ! kat bawah nih korang layan lah gambar-gambar aku sepanjang kat Wednesday Ditch Farm & Resort nih oke ! kalau korang nak cuba tunggang kuda nih, meh la datang Pontian. nanti aku bawakkan k. ataupun korang leh lawat website dia kat
sini. rasanya website diorang masih dalam pembangunan. tapi korang leh layan la gambar-gambar kat situ. one more thing korang mesti ada pesbuk kan. apa kata korang search je kat pesbuk tu nama Wednesday Ditch Farm Resort. kompem jumpe nanti hehe.
aku di kandang kuda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan