uit. uit. come here baby. hehe. buang tebiat da aku ni.
da bape ari aku tak post pape kan. urm. macam-macam prob la jadi diz week. pening pale aku nih. huhu. tp alhamdulillah. aku dapat lalui semua dengan tenang dan senyuman kepuasan. even sakit aty + geram dalam hati ni. aku masih boleh ketawa dan bergembira bersama family dan kengkawan yang lain.
nak tau ke ?
ala...tak best mana pon....
nak tau gak ?
oke la. aku story-mory sikit-sikit eh. takleh expose sangat nanti aku kene ***. opss. perlu dirahsiakan. hanya aku je yang faham kot. tapi kalo korang faham bagusla. muahaha. oke sambung cetori oke ^_^
citenye camni. aku telah difitnah dengan hebat sekali. sapa fitnah ? korang tak yah la tau. nanti mengaibkan plak. pastu nanti org kata aku menjatuhkan maruah dia. so better i shut my mouth off. hehe. oke sambung-sambung. semuanya gara-gara satu hal. dan kerana hal ni aku rasa bukan setakat aku je yang bermasalah tapi hampir seluruh dunia kot. dan kerana hal ni kita leh kenal sapa sahabat, kawan mahupun musuh dalam selimut.
so aku da penat menunggu. hampir setahun lebih satu bayang pon aku nampak untuk hamba Allah ni selesaikan. dan aku tekad untuk selesaikan. dan tanpa aku duga untuk mengelakkan diri hamba Allah ni sanggup buat cerita bohong tentang aku. bukan hanya untuk kali ni. tapi hampir seluruh cerita tentang peribadi dan masalahnya adalah satu pembohongan. entah apa salah aku pada dia pun aku tak pasti. dan info yang aku dapat dari orang-orang tertentu memang sangat-sangat memeranjatkan.
i'm very shocked u know. huhu.
tak sangka selama ni niat aku ikhlas berkawan dengan hamba Allah ni rupa-rupanya tanpa sedar aku ditikam dari belakang. tikam pakai ape ? pedang samurai kot. memang tertusuk-tusuk rasanya. aku sedih tak ? of coz la aku sedih korang. coz terlalu banyak cerita-cerita palsu tentang aku yang disebarkan. astaghfirullahalazim. mengucap panjang aku. aku pun naik pening untuk percayakan siapa. tapi aku fikir kalau betul hamba Allah ni jujur ngan aku. die takkan cari alasan untuk selesaikan semuanya.
jadi aku beri tempoh pada hamba Allah ni untuk selesaikan semuanya dalam minggu ni jugak. tahap kesabaran aku dah sampai penghujung. terlalu lama aku bagi muka dan bersabar. kali ni aku takkan mengalah lagi. cukup-cukup la ko fitnah aku. Allah melihat semua perbuatan ko. jangan gunakan nama Allah kalau ko tak mampu untuk tunaikan.
coret - moret : entry ini bukan niat untuk menjatuhkan maruah sesapa cume aku ingin berkongsi rasa agar kawan-kawan sentiasa beringat untuk tak terlalu percaya pada sesiapa walaupun orang-orang yang rapat dengan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan