ungkapan yang mudah diluahkan dan dituturkan hampir setiap orang. btol tak ? tapi mencari makna bg seorang sahabat mungkin tidak sesusah untuk kite cari makna bagi kawan kan. betol. sbb untuk dptkan sorang sahabat kita kena sentiasa bersama lalui suke dan duka tnpa rasa jemu. susah sgt nak jmpe sahabat. kadang-kadang ada org mengaku jadi sahabat kita tapi dia jemu dengan kita. sorang sahabat tak akan segan untuk menegur kesilapan sahabat dia. walaupun dia tau sahabat dia akan kecik ati or makan ati tapi die tegur jugak. bukan bermakna nak jatuhkan dia nak malukan dia nak aibkan dia. tp kita nak betulkan dia nasihatkan dia beri teguran pada dia. terpulangla pada dia nak terima ke tak yang penting kita da beri apa yg patut diberi. bg masa pada dia untuk tenang dan berfikir sebab bila die sedar dia akan cari kita kembali.
dan kita x boleh mengharapkan sahabat tu beri sama macam yg kita beri dia. mungkin dia lebih selesa berkongsi masalah dan keserabutan minda dengan sahabat yang lain. x perlu nak simpan rasa kecik ati ke jeles ke menyampah ke sebab x semestinya bila kita ada sorang sahabat hanya dia sorang je boleh jadi sahabat kita. orang lain x boleh bersahabat dgn dia. sikap seperti itu sama macam org yang mementingkan diri sendiri. beri dia ruang untuk diri sendiri dan tidak bersikap mengongkong sesuke hati macam hak sendiri. kalo kite x suke dikongkong sama jugak macam sahabat kita tu. fikir-fikirkan lah dgn sebaiknya.
aku ada sahabat-sahabat yg boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk menjadikan hidup yg aku lalui lebih baik dari hari ke hari. sahabat-sahabat ini sentiasa ada di waktu susah dan senang aku. sentiasa menceriakan hidup aku dan tidak menyusahkan hidup aku. bila bersahabat dengan mereka hati aku rasa senang dan tenang. mungkin kerana atas keikhlasan mereka bila bersahabat dengan aku. kita boleh kenal peribadi seseorang bila kita berkawan dgn dia. dan bila berkawan berhati-hati. kerana ada kawan yg boleh dijadikan sahabat dan ada kawan yg boleh menjadi musuh. hanya terpulang pd diri kita sendiri dalam memilih seorang kawan sama ada untuk dijadikan sahabat atau kawan ketika senang je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan