Kat sini nak kongsi ngan kawan2 sket...aku terbaca artikel nih n rase cam tmbah sket knowledge nih ^_^ ....meh bace same2 ekk...
Seperti yang kita tahu setiap wanita pasti mengalami keputihan dan itu adalah perkara normal bagi seorang wanita jika mengalami keputihan kerana seperti organ lain seperti mulut yang sentiasa basah dengan air liur serta mata yang dibasahi air mata begitu juga bahagian dalam vagina yang selalu basah oleh lendir yang dihasilkan oleh kelenjar dalam rahim.
Dalam keadaan normal atau biasa selalunya vagina akan mengeluarkan cecair yang berlendir berwarna putih dan tidak akan berbau.Ia juga dipanggil fisiologi dan lendir ini mengandungi banyak epitel dan sedikit leukosit (sel darah putih).Jangan risau apabila keputihan bertukar menjadi kekuningan kerana lendir yang keluar apabila teroksida oleh udara akan bertukar menjadi warna kuning apabila terlekat di seluar dalam.Ia adalah normal.
Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda tanda abnormal muncul itu akan dikhuatiri akan menjadi penyakit.Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samaada keputihan anda di tahap normal atau abnormal adalah melalui simptom keputihan itu :
1-Simptom 1
-Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina
-Penyebabnya ialah kulat Candida sp
-Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahayalain merebak seperti E-Coli
2-Simptom 2
- Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.
-Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis
-Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin
3-Simptom 3
-Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.
-Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.
Keadaan yang menyebabkan berlaku keputihan
1-Pada masa yang subur
-Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.
2-Ketika hamil
-Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan.
3-Saat terangsang
-lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual.Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual.
4-Berat badan yang berlebihan
-Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.
5-Minum antibiotik dalam dos tinggi
-Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan.
29 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan