Pages

11 Mac 2018

Pengalaman Melahirkan Zuriat Pertama !

Assalamualaikum,

Di saat Oshin mengarang ni, baby Oshin dah masuk 3 bulan ++. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Oshin selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 06 Disember 2017 jam 11.42pm dengan berat 3.3kg.

Muhammad Fayyadh bin Sahrizan
Syukur sepanjang hamil dan proses bersalin dipermudahkan. Pengalaman Oshin sakit contraction tak lama sangat. Lebih kurang 3 jam lebih je Oshin rasa sakitnya. Masuk wad dalam jam 8.00 malam, mula sakit lebih kurang 8.30 malam. Masa ni dah terasa 5 minit sekali. Macam tak percaya ada jugak sebab masa cek bukaan baru 1cm.

Suami datang bawak makanan lebih kurang jam 10.30 malam. Oshin terus makan sebab dah lapar sangat masa tu. Mana tak nya, last Oshin makan siang jam 12.00 tengahari. Manalah tak kebulur. Hehe. Itupun tak mampu nak habiskan sebab perut asyik sakit je. Tengah menahan sakit, tiba-tiba air ketuban pecah. Oshin terus jerit panggil nurse.

Masa tu lah Oshin rasa nak membuang. Dalam hati janganlah tetiba anak pun keluar. Haha. Nurse terus bawak Oshin ke ruang bersalin menggunakan kerusi roda. Memang hilang rasa segan lah membuang atas katil bila dah sakit contraction tu. Huhu.

Lebih kurang 20 minit je Oshin meneran untuk lahirkan anak yang comel ni. Alhamdulillah walaupun pertama kali pengalaman tapi Oshin dapat praktikkan teknik melahirkan dengan betul. Sekarang Oshin dah jadi IBU!!!

Tips Oshin masa sakit nak melahirkan tu, bacalah doa Nabi Yunus dan selawat ke atas Nabi. InsyaAllah dipermudahkan. Lagi satu jangan panik atau stress. Masa terasa sakit tarik nafas panjang-panjang, tahan dan push.

Image result for la ilaha illa anta subhanaka jawi

Next ada masa Oshin update pasal baby Oshin lagi ye. Hehe.

2 ulasan:

Cik Nor berkata...

alhamdulillah..dah jadi ibu dah dia..:)

Nadia berkata...

Alhamdulillah semua di permudahkan 😍

Contest Anniversary 7 Years Miss Nadya