31 Oktober 2017

33 Minggu

Assalamualaikum,

Ikutkan scan awal baby Oshin baru berusia 33 minggu dalam kandungan. Tapi kalau ikut kiraan normal dalam 35 minggu. Jadi Oshin ada dua tarikh due date. Pening nak ikut yang mana satu. Hehe. Baru-baru ni pada 15/10/17, Oshin ada check up biasa di klinik Sedenak. Entry sebelum ni Oshin ada bagitau kena minum air gula kali kedua kan. Kalau korang nak tau, beberapa hari sebelum check up tu, nurse dari klinik call bagitau Oshin kena minum balik air gula.

Image result for air gula mengandung
Sumber: Google
Terkedu kejap bila dengar. Minum air gula bermakna kena cucuk lagi untuk ambil darah. Jenis urat nak dicari susah pulak tu. Kali pertama cucuk kena 4 kali, kedua kali cucuk dapatlah 3 kali cucuk jarum. Seram mak tapi demi baby tercinta kugagahkan jua. Kalau nak tau kuantiti air gula Oshin penuh lagi dari gambar atas tu tau. Kira penuh sampai boleh tumpah kalau pegang tak betul. Huhu.

Image result for cucuk kancing gigi ibu mengandung
Sumber: Google
Check up kali ni Oshin diberikan suntikan kancing gigi kali kedua. Kiranya 3 dalam 1 servis Oshin dapat. Huahuahua. Dah alang-alang banyak sangat nak bagi memang Oshin ambil cuti teruslah. Walaupun dengar pengalaman kawan-kawan suntikan ni effect dia boleh menyebabkan lenguh sana-sini, alhamdulillah Oshin tak rasa apa-apa cuma tahap kelaparan yang tinggi. Hahaha. Dah makan pun still rasa lapar lagi. Suami pun dah geleng kepala je melayan perut isteri.

Dah siap ambil darah, minum air gula, suntik kancing gigi, Oshin dan suami terus ke klinik Bukit Liki, Kulai untuk hantar sendiri sampel darah ke makmal. Lepas tu memang melantaklah makan macam-macam. Ajak suami jalan-jalan. Petang-petang duduk bersantai kat tepi laut depan Hospital Sultanah Aminah, JB. Rasa romantik je kan. Hehe.

Oshin memang pastikan sepanjang kehamilan ni nak spend time sebanyak mungkin masa berdua dengan suami bila dia free. Walaupun kadang dia bebel asyik berjalan je, Oshin tak amik kisah janji dapat berdua dengan dia. Hehe. Duduk serumah dengan mertua dan ipar-duai, ini je lah cara yang Oshin boleh buat untuk kami.

3 ulasan:

Siti Rohaida Yusof berkata...

nasib baik masa pregnant tak kena minum air gula..seriau pulak

Normi Nieza berkata...

alolo..romantiknya..:)

oshin berkata...

best nya tak kena minum air gula siti...

hehe romantik sekali-sekala je kak normi :)