Tak lama lagi nak kahwin dah. Mestilah tengah berdebar kan. Check list kononnya nak buat tapi nan hado. Haha. Entah kenapa pandang je check list jadi blur. Jadi buatlah apa yang rasa terlintas dalam kepala.
Setakat ni kebanyakkannya dah selesai. Cuma tinggal nak ambil je yang ditempah. Kad pula dalam proses cetakan. In shaa Allah bulan Ogos ni siap. Masa tempah je debar dia lain macam rasa. Kalau dah depan mata entah apa pulak rasa. Nak meletup dada kot. Haha.
Sebelum tidur Oshin selalu fikir. Dah bersedia ke aku nak tempuh alam perkahwinan dan rumahtangga ni. Mampu ke aku lakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Macam mana penerimaan keluarga pasangan lepas aku masuk dalam keluarga mereka.
Seram rasa oi!!!!
Sekarang ni bila jumpa saudara-mara ke kawan-kawan ke, memasing dok mengusik. Bau bunga rampailah, bau nasi minyak lah, muka berseri-serilah. Tapi bila tengok diri sendiri macam biasa je. Hehe. Mata orang yang lihat kita tak sama macam apa yang kita nampak pada diri kita sendiri kan.
Korang yang dah berumahtangga tu sharing la apa-apa yang boleh Oshin take note sebagai persiapan jadi pengantin ni. Hehe.
3 ulasan:
xsabar nak bertittle puan..:)
Hehe...semoga dipermudahkan semua urusan walimatulurus nya yer (^^,)
Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mia.
Regards,
SNM_Yana Afi Mohamed
assalamualaikum oshin ...semoga dipermudahkn semuanya...:)
Catat Ulasan