27 Oktober 2015

24102015 - Majlis Merisik

Assalamualaikum,

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Lama betul nak menanti harinya tiba. Hiks. Sebelum ni tengok orang lain dipinang. Kali ni diri sendiri pula dirisik. Ohoi. Malu iols.

Pada 24 Oktober lalu, Oshin selamat dirisik keluarga si dia. Orangnya tak leh post dulu. Hehe. Tunggu majlis tunang atau nikah nanti je la baru expose ek. Hehe. Lagipun masa majlis takde pun ambil gambar. Sebab majlis antara keluarga kan.

Keadaan hujan lebat diiringi petir berdentum kat luar. Lebih kurang jam 3 petang tibalah Mr S dan keluarga. Risau sebenarnya bila tengok cuaca kat luar. Tapi alhamdulillah masa mereka sampai hujan dah kurang lebat. Sepanjang sesi perbincangan pun hujan mula teduh dan selesai je bincang, hujan berhenti. Alhamdulillah.


Mr S datang bersama mak, kak long dan mak angkatnya. Oshin pula diwakili pakcik saudara sebagai jurucakap. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan ditetapkan lebih kurang sebulan lagi majlis pertunangan dibuat. Tetiba rasa macam cepat je semua. Haha. Tapi ikutkan umur pun dah makin lanjut, jadi sedar diri lah Oshin oi. Kah.

Doakan semuanya nanti dipermudahkan ye kawan-kawan. Terima kasih untuk awak yang sudi terima Oshin seadanya.

8 ulasan:

julia jamaludin berkata...

tahniah oshin :)

Nurzakiah Hanum berkata...

tahniah

Nurzakiah Hanum berkata...

tahniah

Normi Nieza berkata...

TAHNIAH EIRA..:)

Diya Hanun berkata...

Wahhhh,..tahniah!

Syeeda berkata...

tahniah Oshin =)

Sheila Adziz berkata...

Allhamdulillah... tahniah oshin... smg berkat sampai ke jinjang pelamin....

Ank Denesor berkata...

lama x lawat sini...pewittt klo dalam islam da jadi tunangan org dah tuh..tahniahhhh