4 September 2015

No Phone For Two Days

Assalamualaikum,

Pernah tak korang off phone lama-lama? Melainkan pergi ke tempat yang takde coverage langsung lah. Hehe. Off phone yang takkan ada sesiapa dapat cari korang. Lagi-lagi dengan zaman sekarang yang rasanya 24/7 handphone mesti ada kat tangan. Ye dak?

Agak-agak kalau off phone lelama ni ada yang mencari tak? Mesti kita tertanya-tanya kan ada ke tak orang cari aku selama tak on phone. Cubalah nanti lepas beberapa hari on, tengok-tengok langsung takde miscalled / mesej / whatapps / notifications apa-apa. Mesti sentap kan? Haha.

Ada masa bila hati galau dan tak tenang, jauhkan diri dari apa-apa gajet. Pergi ke mana-mana lapangkan hati dan tenangkan fikiran. Confirm masa yang dilalui akan terisi sepenuhnya sebab takde gajet yang kita pegang dan belek.

Jadi memandangkan hati ni tengah galau dan terluka sikit maka Oshin nak off phone untuk dua hari. Kalau ada yang kisah, adalah apa-apa pesanan kan. Kalau takde tu, pepaham sendirilah. Huhu.

Happy weekend korang!

Tiada ulasan: