Pages

28 Ogos 2015

Sesi Ubah Suai Rumah Bermula

Assalamualaikum,

Hari ni nak share sikit lah. Lama tak sharing is caring kan. Hehe.

Lepas dapat kunci masa bulan ramadhan lalu, baru sekarang berkesempatan nak cari pihak-pihak yang berkenaan untuk ubah suai rumah. Yelah kan, dapat rumah kosong jadi kenalah tambah apa yang perlu.

Sebagai contoh, kabinet dapur, grill untuk tingkap bagi keselamatan, lampu, kipas, perabot dan macam-macam lagi. Nak fikir tentang design dalaman lagi. Tapi alhamdulillah Oshin dikurniakan kawan-kawan yang berbakat dan sudi menjadi pereka dalaman bagi rumah.


Siang tadi buat lawatan kejap ke rumah dengan ayah. Kerja-kerja pengubahsuaian baru nak bermula. Wiring semua dah setel cuma nanti akan dilengkapka bila semua barang dah siap. Petang tadi Oshin dan ayah beli lampu, kipas dan heater untuk dipasang kat rumah.

Ikutkan bukan Oshin punya duit semua ni. Tapi rezeki ayah selalu murah dan Oshin doa sentiasa dimurahkan sampai bila-bila. Amin. Segan sebenarnya sebab ayah banyak dah keluarkan duit untuk Oshin. Segala pembiayaan untuk rumah ni totally dari ayah. Aduh, malunya!

InsyaAllah Oshin takkan pernah lupa segala pengorbanan ayah. Semoga pasangan untuk Oshin nanti akan seperti ayah juga yang sentiasa berusaha dan berkorban untuk keluarga tanpa mengeluh dan sentiasa mendahulukan keluarga dari setiap segi. Amin.

Tiada ulasan: