10 September 2015

30 Days Challenge!

Assalamualaikum,

Sejak masuk kerja baru ni, Oshin kerap makan.
Hasilnya badan bertambah kembang.
Hehehe.

Jadi bila dah tambah spare tyre sana sini, barulah nak senam.
Oleh itu, Oshin amalkan 30-day challenge ni.
Dengan harapan akan susut lah segala spare tyre ni.
Hiks.



Untuk plank ni, hari ni dah hari ke 10 Oshin buat.
Mula-mula menggigil satu badan tau.
Ye lah dah lama tak bersenam badan ni.
Hehehe.
Ikut tempoh masa yang ditetapkan tu tau.


Yang ni baru hari ketiga Oshin buat.
Ikutkan tak la buat berterusan sebab komfem krem kaki.
Haha.
Oshin buat slow-slow, dalam 10 dulu lepas tu rehat jap.
Sambung lagi 10.

Jumping stacks

Part ni rasanya ramai yang boleh buat kan.
Kalau time sekolah dulu panggil lompat bintang.
Mudah kan?
Buatlah dalam 60 kali.

Lunges

Untuk part ni memang memerlukan kekuatan lebih.
Permulaan memang akan rasa tegang kat kaki.
Meranalah kejap sebab sakit bahagian peha.
Haha.
Buatlah dalam 30-40 kali k.

Wall Sit

Senaman ni pun mencabar okey.
Kena pastikan kaki kita relax sebelum buat.
Bertahan dalam posisi ni dalam masa 50 saat.

Tips ni Oshin dapat dari blog Namee Roslan.
Semoga dapat mencapai impian ku ini.
Kalau uols nak cuba pun boleh jugak
Tapi pastikan disiplin tinggi k.
Jangan skip-skip pulak.
Adios!

1 ulasan:

AnAk dEneSor berkata...

wah nak join nie..bole la nnti