Pages

30 Jun 2015

Isu Semasa : Ibu Tiri Mendera Anak

Assalamualaikum,

Oshin pasti sekarang ni masih kecoh tentang seorang wanita yang mendera anak tirinya kan. Serius, Oshin tak sanggup nak tengok keadaan anak tersebut. Walaupun belum kahwin dan mempunyai anak, tapi Oshin terasa-rasa kesakitan yang ditanggung. Sedangkan dulu-dulu kena rotan dengan bulu ayam pun dah menjerit sakit apatah lagi anak kecil yang didera sebegitu rupa.

Manalah hilangnya rasa kasih sayang dalam hati wanita tersebut. Nak kata takde anak sendiri, Oshin rasa dah melahirkan seorang zuriat (berdasarkan FB empunya diri). Kalau dilihat wajah wanita ni, nampak lembut dan penyayang sangat. Itu pendapat peribadi Oshin lah. Hehe. Tapi dalam hati kita tak tau kan.

Mungkin ada masalah pada diri wanita tersebut. Kita pun janganlah sesuka hati mengeluarkan kata-kata nista pada wanita tu. Ambil segala kejadian ni sebagai panduan dan pengajaran untuk kita supaya masa depan atau satu masa nanti kita tak seperti itu. Memang seronok cakap lepas dan mencarut tapi ingat ye. Orang keliling ni perhati segala tingkahlaku kita. Jadi sebaik mungkin tak perlulah komen dan meluah rasa dengan kata-kata yang kesat tu. Tak molek bebenor lagi-lagi yang mencarut tu seorang wanita. Hmmm. *Sekadar peringatan untuk diri Oshin jugak*

3 ulasan:

Dkna Abza berkata...

dah wujud fanpage tuk kes ni.. kadang2 terfikir, nape nak salahkan ibu tiri? ayah kandung tak nampak ke apa yg terjadi kat anak sendiri? atau ayahnya yang dera?

Anum berkata...

macam2

oshin berkata...

tu la pasal dkna...kenapa si ayah langsung tak disalahkan sedangkan si ayah pun sama larikan diri...kalau ye pun ada anak baru takkan anak lama diabaikan...tak baik macam tu sebab tu kan zuriat dia jugak...huhuhu