15 April 2015

Cerita Hari Ini - 150415

Assalamualaikum,

Eh, dah malam baru perasan tarikh hari ni cantik sangat.

15415

Ada yang tunang/nikah/sanding hari ni ke? Eh, hari bekerja dan sekolah kan. Ada pulak yang nak datang kan. Hehehe. Kadang untuk cari tarikh majlis ni bukan mudah. Ye tak? Eh, Oshin belum ada tarikh keramat pun. Jangan ingat nak cerita pasal kahwin pula ye. Hihihi.

Alkisah hari ni tempat kerja Oshin terima pertukaran staf gred W22. Kiranya dia akan jadi ketua untuk unit Oshin. First jumpa biasalah beramah mesra kan. Tapi lepas ni kita akan bekerjasama. So, even ada cerita awal yang diterima tentang empunya diri, tak nak lah ambil pusing sangat. Sebab, Oshin pun tak kenal dia lagi kan.

Tengah hari ikut Pen. Akauntan ke ofis PKN. Dah macam PA dia pulak. Hehehe. Lepas tu dia belanja makan untuk Oshin dan Syikin (officemate). Bos ni best jugak sebab leh story memacam. Eh, bos Oshin ni lelaki dan suami orang okey. Hahaha. Umur tak jauh pun jadi dah macam kawan-kawan cuma masih hormat dia sebagai ketua.

So far, Oshin seronok kerja baru ni. Hari-hari ada kerja. Hehehe. Mana tak nya dulu-dulu selalu berangan nak kerja yang fail bertimbun atas meja. Haha. Sekarang, amik ko tak pernah clear atas meja dengan fail. Kat sinilah boleh belajar macam mana nak uruskan fail dengan baik. Kerja dengan cara yang sistematik dan teratur. Bentuk disiplin diri juga. Harap kekal lah momentum semangat ni sampai bila-bila.

1 ulasan:

Normi Nieza berkata...

bestnya kerja tempat baru..:)