23 November 2014

Jemputan Majlis Anugerah Kecemerlangan

Assalamualaikum,

Oshin karang ni awal-awal lepas tu schedule kan. Hehe. Sebab takut mood kelaut balik.

Sambil menaip entry ni hati tengah bahagia dan senang sebab dapat celebrate birthday dan spend time dengan kesayangan hari ni (22/11/14). Hihi. Oshin rasa pertama kali yang Oshin sangat berusaha dan beria-ia untuk buat something rare on someone's birthday. Ex sebelum ni rasanya tak rasa kot. Hehe. Masa tu tengah belajar, duit pun yillek.

Syukur alhamdulillah sebab akhir tahun ni Oshin dapat khabar gembira. Macam entry sebelum ni Oshin dah kabo akan tukar kerja kan. Yes, hampir 6 tahun menunggu rezeki datang. Alhamdulillah. Semalam dapat lagi khabar gembira apabila company Oshin sebelum ni bermurah hati nak memberi Anugerah Kecemerlangan pada staff yang dah bekerja lebih daripada 3 tahun.

Memula macam tak percaya tapi bila kawan tunjuk emel kat whatsapp baru percaya. Hehe. Tadi pun Oshin bukak emel ofis dan baca balik. Fuh, baru rasa dihargai. Hehe. Harap dapatlah Oshin pergi majlis tu nanti. Nak jumpa kawan-kawan sebelum bertugas kat tempat baru.

Tiada ulasan: